11 Bahaya Kipas Angin Terhadap Kesihatan Dan Cara Mencegahnya - Sensasi 24-7

Latest

Ahad, 6 Ogos 2017

11 Bahaya Kipas Angin Terhadap Kesihatan Dan Cara Mencegahnya


Tidur dengan kipas angin memang akan membuatkan anda tidur dengan lebih lena. Tambahan kalau cuaca panas, mesti anda akan mengambil kipas angin dan letak lebih dekat dengan badan. Sebenarnya, amalan itu tidak bagus dan sangat membahayakan kesihatan kita.

Sebahagian orang sukar tidur, tanpa menghidupkan penghawa dingin mahupun kipas angin. Bahkan, kebiasaan ini mereka lakukan pada malam hari juga. Angin yang keluar dari penghawa dingin atau kipas angin mampu menyejukkan ruangan yang terasa panas.

Namun, sedarkah anda bahawa kebiasaan tersebut ternyata sangat berbahaya bagi kesihatan tubuh? Banyak orang mengeluh ketika mereka perlu tidur tanpa menggunakan penghawa dingin atau kipas.

Padahal, tidur yang berkualiti tidak memerlukan udara dingin yang keluar dari kipas angin. Justeru penggunaan kipas angin sepanjang masa tidur, sangat merugikan kesihatan kita.

Bahaya tidur menggunakan penghawa dingin atau kipas angin lebih dirasakan pada orang tua dan penderita gangguan pernafasan. Terbukti keburukan menyalakan kipas angin ketika mahu tidur tidak hanya pada kecantikan kulit saja, lebih dari itu efeknya sangat buruk.

Beberapa masalah kesihatan dan penyakit berat dapat dialami oleh seseorang yang punya kebiasaan tidur dalam ruangan tertutup dan berhawa dingin.

Pada tahun 2005 yang lalu, ada puluhan kes kematian yang diduga penyebabnya adalah tidur dalam ruangan tertutup yang dipasang kipas angin. Orang Korea terbiasa mengatur timer pada kipas angin, sebelum mereka masuk ke bilik untuk tidur malam.

Apa sebenarnya bahaya tidur menggunakan kipas angin? Berikut ini beberapa risiko penyakit yang boleh terjadi akibat penggunaan kipas angin ketika tidur:

1) Suhu Tubuh Menurun Secara Drastik

Perubahan mendadak ini akan menyebabkan tekanan darah dan sistem pernafasan terganggu. Perkara ini mengakibatkan fungsi jantung dan paru-paru tidak berfungsi secara optimum.

2) Tubuh Mengalami Dehidrasi

Seorang ahli saraf bernama Dr. Wendra Ali menjelaskan bahawa salah satu bahaya penghawa dingin atau kipas angin di ruang tertutup bagi kesihatan termasuk dehidrasi mahupun hipotermia. Pendingin udara akan menyerap kelembapan ruangan, termasuk dari tubuh kita. Padahal, sekitar 70 peratus organ tubuh memerlukan air. Dapat dibayangkan, bagaimana kondisi tubuh yang berada di ruangan dingin selama semalaman.

Menurut kajian, tubuh akan mengalami kekeringan disebabkan udara sejuk menyerap air dalam tubuh. Jika setiap malam korang guna kipas angin ni, kelembapan tubuh akan menurun dan mendorong untuk jadi hipotermia.

Gejala hipotermia seperti tubuh menggigil kerana merasa sangat sejuk. Kondisi ini jika berlanjut akan berakibat tubuh membeku, kerana pembuluh darah mengecut. Seseorang yang tidur dengan menyalakan penghawa dingin pada suhu terlalu dingin atau memasang kipas telalu laju dalam bilik tertutup dapat mengalami kondisi ini. Mungkin saja suhu tubuhnya akan menurun hingga di bawah 36°C atau disebut juga hipotermia ringan.

3) Penyakit Bell Palsy

Penyakit ini dinamakan sebagai kelumpuhan pada wajah. Risiko sangat tinggi dan peningkatan ketegangan pada sistem saraf disebabkan suhu sejuk yang membuatkan wajah jadi tegang, suakr untuk senyum dan bercakap.

4) Tubuh Kekurangan Oksigen

Korang kena tahu, tidur dengan menggunakan kipas angin akan membuatkan tubuh kekurangan oksigen terutama kipas tersebut dihala ke arah wajah korang pada ruang yang tiada udara. Oksigen diperlukan oleh tubuh kita untuk memastikan semua sistem organ berfungsi. Penghawa dingin atau kipas angin tidak hanya menghembuskan oksigen, tapi juga karbon dioksida. Angin yang menerpa wajah tanpa henti, akan mengganggu proses pernafasan.

5) Kualiti Tidur Yang Buruk

Otak akan mengirimkan signal berupa rasa nyaman, jika seseorang terbiasa tidur menggunakan kipas angin. Kebiasaan ini akan sukar dihentikan. Padahal, rasa letih dan kebas ketika bangun tidur merupakan sebagai petanda tidur yang tidak berkualiti.

6) Otot Kebas

Hembusan angin dingin yang menerpa tubuh kita secara berulang-ulang, akan mengurangi produksi cairan lubrikasi. Cairan ini berguna untuk menguatkan sendi tulang dan otot. Kekurangan cairan lubrikasi akan mengakibatkan otot terasa kebas, ketika bangun tidur.

7) Risiko terkena Infeksi Saluran Pernafasan (ISP)

Udara yang digerakkan oleh kipas angin ke tubuh kita, tidak melalui proses penyaringan. Bahaya yang mungkin timbul adalah udara berpotensi mengandungi virus atau bakteria yang langsung masuk melalui mulut dan hidung. Bahaya kipas angin terhadap pernafasan termasuk juga risiko serangan asma.

8) Kulit Kering

Bukan hanya sinar matahari yang dapat menyebabkan kulit menjadi kering, tapi angin dari kipas angin mahupun penghawa dingin dapat menyebabkan kulit kering.

9) Kekebalan Tubuh Berkurang

Metabolisme yang tidak lancar akan menyebabkan tubuh mudah diserang penyakit. Keadaan ini berpunca oleh keringat yang tidak keluar dari tubuh. Padahal, rembesan keringat berguna untuk mengaktikan kembali sel-sel imun. Jika aktiviti sel-sel imun melemah, maka tubuh lebih mudah dijangkiti virus.

10) Menghentikan Proses Detoksifikasi Semulajadi

Peluh dikeluarkan oleh tubuh kita untuk mengatur suhu badan, serta pengeluaran (toksin) dalam tubuh. Di sinilah bahaya kipas angin, di mana proses keluarnya peluh tidak lagi terjadi. Kesan buruknya adalah proses detoksifikasi tidak berlangsung.

11) Sesak Nafas

Udara yang berasal dari kipas angin lebih sedikit mengandungi oksigen. Apalagi kipas angin yang menghadap ke wajah kita, akan menyukarkan proses bernafas. Kekerapan udara kipas di sekitar mulut dan hidung, dapat meningkatkan risiko sesak nafas.

Tip Mencegah Bahaya Kipas Angin

Untuk mengurangi kesan buruk akibat penggunaan penghawa dingin maupun kipas angin, ada beberapa tip pencegahan yang dapat dilakukan seperti berikut ini:

  1. Hindari tidur dengan kipas angin menghadap ke wajah anda.
  2. Hindari menyalakan kipas angin dalam ruangan tertutup.
  3. Bagi anda yang terbiasa tidur menggunakan penghawa dingin atau kipas angin, atur timer sehingga padam dalam 20-30 minit.
  4. Jangan menghidupkan kipas angin dengan power terlalu tinggi.

Jika sukar menghentikan kebiasaan tidur dengan kipas angin menyala, posisikan kipas menghadap ke atas.

Jadi itulah bahaya kipas angin terhadap kesihatan dan cara mencegahnya. Kesihatan tubuh jauh lebih berharga daripada sekadar rasa nyaman ketika tidur. Apakah anda punya kebiasaan tidur di dalam ruangan penghawa dingin?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan