Geram Etnik Uighur Ditindas, Netizen Mahu Boikot Buah Limau Mandarin - Sensasi 24-7

Latest

Selasa, 24 Disember 2019

Geram Etnik Uighur Ditindas, Netizen Mahu Boikot Buah Limau Mandarin


Nampaknya kebencian orang Islam di Malaysia terhadap kerajaan China yang menindas dan berlaku kejam terhadap umat Islam Uighur di negara itu memasuki tahap baharu.

Terkini terdapat gerakan daripada page-page pengguna Islam di Facebook yang menggesa umat Islam di Malaysia tidak membeli atau memboikot penjualan buah limau Mandarin.


Buah limau Mandarin yang diimport daripada China kebiasaannya akan melimpah di pasaran tempatan ketika sambutan Tahun Baharu Cina. Tahun ini perayaan terbesar masyarakat Tiong Hua itu akan diraikan pada 25 Januari depan.

Buah limau mandarin yang dipanggil “kam” dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah kewajipan setiap Tahun Baharu Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua.


Warna limau yang keemasan itu seperti memberi jongkong emas kepada orang lain.


Bagaimanapun buah yang kaya mineral dan vitamin itu kini menjadi sasaran kebencian masyarakat muslim Malaysia terhadap kerajaan China apabila penindasan berterusan dilaporkan berlaku terhadap umat Islam Uighur.


Mereka berasa geram, sebak dan sedih dengan gambar dan video kekejaman yang dilakukan ke atas umat Islam Uighur oleh kerajaan China yang disebarkan di media sosial.

Sementara itu, posting-posting yang dimuat naik mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan cadangan untuk memboikot jualan berkenaan.



Namun terdapat juga individu yang memperli dan membidas semula tindakan tersebut yang disifatkan ibarat hangat-hangat tahi ayam kerana masih menggunakan pelbagai jenama dari China dalam kehidupan seharian.





Sumber: http://bit.ly/2BsipPi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan