Lama pula tidak mendengar kisah Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin setelah perkembangan kesihatannya menunjukkan tanda positif sepanjang menjalani rawatan di rumahnya.
Terbaru, bapa kepada Ainul iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memuat naik beberapa gambar terbaru anaknya yang berusia 17 bulan itu bagi tatapan pengikutnya di Instagram.
“Rambut Ainul kalau tak pakai minyak rambut. Entah ikut siapa lah rambut dia ni,” usik Ahmad Safiuddin pada kapsyen posting tersebut.
Bukan itu sahaja, malah terdapat juga gambar Ainul yang kelihatan telah mempunyai dua batang gigi namun gusinya masih terasa gatal.
“Yay saya dah ada dua batang gigi! Ini pun tengah gatal lagi gusi ni,” tulis bapa Ainul.
Kedua-dua posting tersebut menerima banyak komen warganet yang rata-rata mengakui bayi berkenaan nampak sihat dan montel selain memuji kecomelan pipinya yang semakin gebu.
Makin tembam!
Alhamdulillah makin sihat
Bulatnya pipi tu!
Semoga terus sihat
Terdahulu, kisah Ainul yang menghidap kanser Germ Cell Tumor tular di negara ini sebelum menjalani pembedahan di London pada 25 Mei lalu tahun lalu.
Sumber : Ahmad Safiuddin via http://bit.ly/2YD6SY7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan