Aksi pelik seorang penunggang motorsikal selepas dilanggar mencuri perhatian orang ramai.
Sebelum itu, penunggang motorsikal terbabit dilanggar oleh sebuah kereta di Shah Alam.
Video yang tular di laman media sosial Facebook itu menunjukkan penunggang motosikal itu dipercayai melanggar lampu isyarat merah. Dia kemudiannya menunggang motosikalnya dengan laju ketika kenderaan dari arah kiri sedang bergerak.
Namun, selepas dia dilanggar oleh sebuah kereta jenis Alza, penunggang itu tiba-tiba bangun dan terus membuka langkah silat.
Kemudian, dia memegang kakinya bagi menhan kesakitan sebelum membuka langkah silat buat kali kedua di tepi jalan berkenaan.
Dalam video ini juga menunjukkan dua penunggang motosikal yang lain berhenti untuk membantu mangsa.
Sumber: Siakapkeli.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan