Menurut Kajian, Lelaki Botak Lebih Berjaya Dan Bijak - Sensasi 24-7

Latest

Isnin, 6 Januari 2020

Menurut Kajian, Lelaki Botak Lebih Berjaya Dan Bijak


Bagi kebanyakan lelaki, masalah botak boleh menjadi topik yang sangat sensitif kerana mereka mungkin berasakan masalah itu menjadikan mereka kurang menarik dan maskulin.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa tidak ada sebab untuk mereka berasa sedemikian.

Satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Dr. Frank Muscarella dari Barry University menjelaskan bahawa lelaki botak dianggap sebagai lebih dominan dari segi sosial berbanding lelaki lain.

Para penyelidik menyatakan meskipun lelaki yang mempunyai rambut kelihatan menarik namun lelaki botak sebenarnya lebih cenderung dianggap sebagai seseorang yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi. Golongan ini juga didakwa lebih dominan dan superior.


Semasa penyelidikan itu berlangsung, Dr. Frank Muscarella meminta satu kumpulan untuk menilai beberapa orang lelaki (peserta) mengikut 4 kriteria iaitu daya tarikan, keagresifan, pengertian, dan kematangan.

Kumpulan tadi ditunjukkan gambar-gambar lelaki yang mempunyai rambut. Kemudian mereka ditunjukkan pula dengan gambar lelaki yang sama namun dalam keadaan tidak berambut dan hasilnya ramai yang bersetuju bahawa imej tidak berambut itu kelihatan lebih jujur, pintar, dan maskulin.

Penemuan Dr. Frank Muscarella itu turut disokong oleh penyelidikan yang dijalankan di University of Pennsylvania oleh seorang Ahli psikologi Albert E. Mannes yang membuktikan bahawa orang ramai lebi cenderung melihat lelaki botak sebagai entiti yang lebih stabil, dominan dan berjaya.

Bukan sahaja dianggap seksi tetapi penampilan yang begitu membuat golongan ini kelihatan bijak. Perkara ini juga dibuktikan oleh Penyelidik dari Universiti Saarland yang telah menganalisis data berdasarkan pendapat dari 20,000 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan