5 Pemimpin Negara Terkaya Di Dunia Yang Mungkin Anda Tak Tahu.. - Sensasi 24-7

Latest

Ahad, 12 Mac 2017

5 Pemimpin Negara Terkaya Di Dunia Yang Mungkin Anda Tak Tahu..


Bukan semua pemimpin di dunia memiliki kekayaan yang luar biasa.

Namun, terdapat beberapa pemimpin di dunia setelah dikira aset kekayaan mereka, ternyata memiliki kekayaan yang luar biasa.

Tahukah kita bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin mempunyai kekayaan luar biasa melebihi daripada raja-raja di negara Arab.

Melalui sumber Bisnis.com, berikut merupakan 5 pemimpin negara terkaya di dunia:


1. Presiden Rusia, Vladimir Putin – AS$40 bilion

Beliau telah menggalas jawatan sebagai Presiden Rusia sejak tahun 2012 lagi.

Sebelum itu, pendapatan Putin hanyalah AS$80,000 dan kini beliau diiktiraf sebagai jutawan terbesar dunia kerana memiliki saham dalam pelbagai perusahaan di Rusia.

Beliau memiliki rumah yang dibina sebagai tempat tinggal rasmi pemerintah negara. Salah satunya adalah di Praskoveevka di Laut Hitam beharga AS$1 Juta.


2. Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej – AS$30 bilion

Beliau merupakan raja yang disayangi seluruh rakyat di Thailand. Bahkan, beliau juga merupakan raja yang paling lama memerintah sejak tahun 1946.

Bhumibol sentiasa berusaha melakukan terbaik dalam menjaga hati rakyatnya dalam pelbagai sektor sehingga mengangkatnya sebagai individu kedua terkaya di dunia.


3. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah – AS$20 bilion

Sultan Hassanal Bolkiah telah ditabalkan menjadi Sultan Brunei setelah ayahnya melepaskan jawatan pada tahun 1967.

Salah satu kekayaan yang dimilikinya adalah beberapa syarikat penghasilan kereta yang eksklusif.

Baginda juga memiliki sebuah kereta berjenama Rolls Royce dilapisi dengan emas 24 karat.


4. Raja Arab Saudi, Abdullah Abdul Aziz Al Saud – AS$18 bilion

Allahyarham Abdullah Abdul Aziz Al Saud telah menjadi raja ketiga terkaya di dunia,

Beliau ditabalkan menjadi Raja Arab Saudi setelah kematian adik tirinya, Raja Fadh dan dipertanggungjawabkan menjaga dua masjid.

Sepanjang pentadbiran beliau, telah banyak transformasi dilakukan lebih-lebih lagi dalam menjaga hak asasi wanita.

Raja Abdullah juga begitu rendah diri dan baik hati kerana dilihat sering membantu negara-negara dunia lain yang ditimpa musibah seperti gempa bumi di China pada tahun 2008 dan Ribut Katrina di New Orleans.


5. Presiden UAE, Khalifa Zayed Al Nahyan – AS$15 bilion

Khalifa Zayed Al Nahyan telah mengambil alih tanggungjawab sebagai presiden sleepas kematian ayahnya pada 2004.

Beliau juga mengetuai Abu Dhabi Investment Authority dan kekayaannya selepas diambil kira melebihi daripada AS$150 juta.

Antara kemudahan yang pernah disediakannya seperti hospital di Amerika Syarikat dan sekolah-sekolah di Wales.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan