Akhirnya..Ibu Tampar Guru Anaknya Dipenjara 6 Bulan, Denda RM2,000 - Sensasi 24-7

Latest

Rabu, 8 Mac 2017

Akhirnya..Ibu Tampar Guru Anaknya Dipenjara 6 Bulan, Denda RM2,000


Suri rumah Tan Seow Yen, 36, diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Jawi hari ini selepas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 atas kesalahan menampar muka seorang guru dua tahun lalu | Foto - BERNAMA

BUTTERWORTH, PULAU PINANG - Seorang wanita yang menampar guru sekolah rendah anaknya dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM2,000, oleh Mahkamah Majistret Nibong Tebal, hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Majistret Shamshol Azwa Martazdza memerintahkan hukuman itu dikenakan terhadap Tan Seow Yen, 35, kerana menyebabkan kecederaan pada L Vanitha, 38, guru di sekolah jenis kebangsaan di Sungai Bakap, dalam kejadian jam 5.15 petang, 2 Februari 2015. 

Menurut Shamshol, hukuman itu dijatuhkan kerana pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes mereka. 

Peguam yang mewakili Tan, Mohd Ismail Mohamed berkata, 'naluri keibuan' yang mendorong anak guamannya bertindak seperti itu terhadap guru berkenaan. 

Dalam hujah Ismail, Tan hanya menampar Vanitha kerana anak lelakinya berumur 10 tahun sebelum itu telah mengadu Vanitha (guru Bahasa Malaysia) telah mencubitnya kerana lembap di dalam kelas. 

Peguam juga membuat merayu agar mahkamah hanya mengenakan hukuman denda terhadap Tan kerana anak guamannya itu perlu menjaga tiga anaknya yang berusia antara 8 dan 14 tahun serta tidak bekerja. 

Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan bagiamanapun berkata, mahkamah perlu mengenakan hukuman setimpal kerana tindakan Tan adalah 'tidak bermoral' dan untuk menjadi pengajaran kepada masyarakat bahawa menampar orang sesuka hati itu adalah satu kesalahan.


Guru V.L Vanitha, 39, (tengah) bersama ibu dan bapanya V. Loganathan, 84, (kanan) dan S. Mageswari, 66, (kiri) hadir ke Mahkamah Majistret Jawi hari ini bagi mendengar keputusan berhubung kes seorang suri rumah yang menampar mukanya, dua tahun lalu | Foto - BERNAMA

Vanitha yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata, "keadilan sudah ditegakkan," malah menafikan dakwaan kononnya ada mencubit anak wanita itu.

Sumber: The Reporter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan