Amalkan Jus Tradisional Ini Untuk Singkir Kolestrol Dalam Masa Singkat Dan Mudah.. - Sensasi 24-7

Latest

Sabtu, 11 Mac 2017

Amalkan Jus Tradisional Ini Untuk Singkir Kolestrol Dalam Masa Singkat Dan Mudah..


Semakin banyak jus halia dijual secara komersial di pasaran yang mendakwa mampu menurunkan kadar kolestrol dengan berkesan.

Malah, ia juga dikatakan mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, gout, darah tinggi, migrain, sakit sendi dan sebagainya.

Ternyata ia sebenarnya satu resipi tradisional yang terbukti mampu meningkatkan kesihatan tubuh badan. Penggunaan bahan seperti halia, bawang putih, jus lemon dan madu digabungkan maka terhasillah satu minuman sangat menyihatkan.

Berita baiknya anda boleh menyediakan sendiri jus halia ini tanpa memerlukan modal besar, namun turut memberi kesan positif yang sama.

Seorang netizen berkongsi di laman sosial tentang cara penyediaan jus halia yang amat mudah ini. Moga bermanfaat!

Bahan:

500g bawang putih
500g halia
1 cawan perahan lemon
1 cawan apple cider
1 cawan madu

Cara buat:

1. Masukkan bawang putih dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. Kisar dan tapis. Gunakan air tersebut untuk kisar halia pula dan tapis jusnya.


2. Masukkan perahan air bawang putih & halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dengan api perlahan, renihkan dalam 30 minit.


3. Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati.


Cara minum:

1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan