Barang tiruan sememangnya sudah banyak berada di pasaran, jika diikutkan hampir semua benda sudah dijadikan barang tiruan, dan pakaian yang selalu dipakai juga ada barang tiruannya.
Bagi penggemar, atau yang sering membuat koleksi jeans Levi’s, sudah pasti mereka akan mendapatkan yang ‘original’, kerana ianya adalah salah satu ‘reward’ untuk diri, speerti individu lain yang ada cara mereka sendiri dalam mebeli barangan ‘original’.
Dan menurut dari perkongsian Azam Shah, terdapat beberapa cara yang anda boleh kesan, ‘fake’ Levi’s Big E USA di luar sana, macam mana nak tahu? Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Cara Mengesan FAKE LEVI'S BIG E USA
Artikel ringkas ini KHAS UNTUK NEWBIE dan tidak sesuai untuk yang dah handal.
2 hari lepas member terkena 501 Big E Fake. Hangus RM350. Seller senyap terus! Lahabau punya makhluk!
Itulah sebab orang suruh tanya member yang lebih arif kalau item tu kau was was. Jangan beli semborono. Kelak merana. Duit hangus, item nak pakai pun malu!
Kali ini aku nak share 4 cara simple detect Fake. Tak mintak banyak cuma harap kau tak terkena dengan malaun jual barang Fake pada harga pergi Mekah, balik hari.
Sebelum tu simpan dalam kepala ciri ciri paling asas LEVIS 501 DAN LEVIS 505
a. Levi's 501-Pakai butang(kecuali 501ZXX)
b. Levi's 505-pakai Zip.
c. Jika kau jumpa 501 pakai zip itu fake.
d. Sama juga sebaliknya kau jumpa 505 pakai butang, itu pun FAKE.
4 ciri asas kat bawah dah mampu menyelamatkan kau
1- Top button
* Original Big E Stamp 555, 524, 520, 8, 6, W, K, J dan lain-lain
* Top button Levis Fake biasa nya di stamp '501'. Dan sinar banar atau berkarat sangat.V stich pun lari (rujuk gambar)
2- Pai/REAR PATCH 501xx
* Original warna koko muda atau warna kayu, sesetengah berminyak (era kain pasir 90an)
* Fake biasanya warna koko gelap, pai putih, warna seperti warna kayu tapi print atas kertas nya nampak murah.
3- Tag dalam /inner tag
* Untuk Big E 501xx keluaran US era 1993 hingga 1998. Original punya lebar dan sedikit pendek.
* FAKE punya tag yang kecil dan panjang.
4- Selvedge (kepala kain) 501XX
* ORI warna kepala kain putih padat dan ada redline. DAN TIADA EXTRA SELVEDGE atas poket syiling
* FAKE, biasanya kepala kain lebar dan bergarisan merah atau biru dan ada selvedge atas poket syiling. Sesetengah ada selvedge atas poket belakang.
Denim US punya Trademark tersendiri. Bagi yang dah biasa, memang sedia maklum. Tak perlu lihat tag bagai, tengok kain dah tahu negara origin.
Sebenarnya banyak sangat fake item gred A dari siam era 98-2000. Ramai yang terkena. Jika ada offer 501 big E rajin-rajinlah bertanya kengkawan.
Next Chapter Insya Allah kita akan buat artikel mengenali ciri ciri BIG E, Report/Pek, rindem, side dem, oren tag dan single R.
Akhir kata, tak salah nak pakai fake ke ori, yang penting tahu nilai sesuatu barang. Tak semua orang mampu layan Ori. Tak semua orang sanggup pakai fake.
Apapun, mati esok tetap pakai kepala kain. Ya kain kapan. Levi's levi's juga solat jangan tinggal ya!
Sumber: Siakap Keli
Tiada ulasan:
Catat Ulasan