Mayat seorang perempuan yang merupakan guru wanita ditemui dalam keadaan mengerikan dipercayai di rompak,dirogol sebelum dibunuh dengan sadis.
Trinni Mamahit (54),guru sekolah menengah di Manado desa Teleti ditemukan di dalam biliknya terlentang dengan keadaan bogel .
Sementara anaknya yang merupakan seorang penuntut kolej yang dikenali sebagai mawar 19 tahun juga ditemukan tidak sedarkan diri dengan kesan tikaman dibagian punggung dada,dan juga dikepala dipercayai dipukul menggunakan benda keras sebelum dirogol.
Info yang dimaklumkan kepada pemberita,kejadian ini berlaku pagi tadi kira kira jam 04:00 menjelang subuh.
Menurut hasil siasatan awal di tempat kejadian sempat berlaku perlawanan mangsa antara mawar dan suspek memandangkan ada bekas pergelutan.
Mawar yang kini di rawat di hospital menceritakan kejadian,katanya dia didatangi seorang lelaki tidak dikenali melalui tingkap biliknya.
Ketika ia mejerit minta tolong, kepala dan wajahnya dipukul dengan benda keras dan suspek terus merogolnya.
Dalam kejadian itu mawar sempat melawan namun suspek menikam punggung mawar hingga jatuh pengsan.
Selepas suspek puas merogol mawar ,suspek pindah ke bilik Trinni Mamahit yang tidur lena. Dipercayai suspek melanjutkan aksinya dengan menganiaya mangsa terlebih dahulu sebelum merogol dan kemudian dibunuh.
Manakala pihak polis Manado yang dimaklumkan terus berada di lokasi kejadian dan mengembangkan siasatan.sementara itu pihaknya cuba untuk meminta keterangan mangsa yang selamat untuk mengingati ciri-ciri suspek tersebut.
Siasatan keatas jenazah ibu mawar dipercayai dibunuh dengan cara dicekik dan mulutnya di sumbat pakaian kain,dibagian leher guru wanita itu juga ditemui cedera.
Hingga kini pihak polis masih belum menangkap mana-mana individu yang terlibat dalam kes.bagaimanapun ibu mawar selamat dikebumikan sebentar tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan