Jinny berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50kg dalam tempoh 2 tahun tanpa pengambilan pil kurus.
Dia mula berdiet selepas disahkan menghidap herniated disc. Rahsia dietnya turut dikongsikan di Youtube menerusi saluran DanoTV.
Berikut merupakan rahsiat diet pelajar universiti ini:
1. Minum 3-5 liter air suam setiap hari
2. Tidak mengambil terlalu banyak sodium dan daripada membiarkan diri kebuluran, dia pastikan diri makan sekurang-kurangnya dalam sukatan yang sedikit.
3. Jika dia merasakan diri makan terlalu banyak, dia akan melakukan sedikit senaman bagi memastikan diri sentiasa bergerak untuk mengimbangi jumlah makan berlebihannya.
4. Menu makan tengah hari, Jinny memastikan untuk makan banyak protein, sayur-sayuran dan seperti biasa bersenam setiap hari.
5. Untuk usus yang sihat, Jinny mengambil probiotik seperti yogurt dan makan pencuci mulut sekali sehari.
6. Tidak mengambil snek lewat malam, selalu bersenam serta sentiasa mengawal tabiat pemakanan.
Jom lihat video di bawah.
Sumber: Sajakongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan