Lelaki Bertuah Miliki 3 Isteri Cantik Dan Solehah, Hidup Sebumbung.. - Sensasi 24-7

Latest

Ahad, 9 April 2017

Lelaki Bertuah Miliki 3 Isteri Cantik Dan Solehah, Hidup Sebumbung..


Isu poligami selama ini sering mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.

KabarMakkah.Com melaporkan, bagaimanapun ada seorang lelaki yang begitu bahagia berpoligami dengan tiga isterinya.

Ketiga isterinya itu selain cantik dan solehah mereka dapat menjalani kehidupan rukun diantara satu sama lain.

Lelaki yang bertuah itu bernama Fadil Muzakki Syah, yang juga lebih mesra dengan panggilan Lora Fadil merupakan seorang pengasuh pondok pesantren (Ponpes) Al Qodiri di Gebang, Patrang, Jember.

Cerita itu bermula apabila dia berkahwin dengan seorang gadis bernama Siti Aminah di tahun 1998. Dari perkahwinan dengan Siti Aminah, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak. Pasangan ini hidup bahagia.

Setelah sembilan tahun mengharungi bahtera rumah tangga bersama perempuan asal Pasuruan itu, suatu ketika Lora Fadil terpikat dengan gadis lain, Yeni Kurnia yang berasal dari Baksheu, Jember.

Pada masa itu, Yeni masih kuliah di salah satu perguruan tinggi swasta.

“Kenal Yeni Kurnia dari salah satu saudara,” kata Lora Fadil.

Keinginan itu ternyata dikemukakan Lora dan Yeni kepada kedua orang tuanya masing dan mendapat restu.

“Saya masih yakin pepatah lama. Sejuta perempuan, hanya satu yang rela dipoligami. Sebaliknya, daripada sejuta lelaki hanya satu yang menolak poligami, “jelasnya.

Walaupun direstui, namun Siti mengajukan beberapa syarat. Namun syarat tersebut dinilai tidak terlalu berat.

“Syaratnya, isteri pertama ingin kenal dan selepas nikah, harus hidup serumah,” katanya.

Permintaan isteri pertama yang ingin kenal dengan calon madunya dituruti dengan mudah.

Menikahi isteri kedua, Lora Fadil, harus memenangi restu orang tuanya. Pertama, dia meminta restu kepada orang tuanya sendiri, mertua dan calon mertua. Kerana dia meminta keikhlasan kepada kedua orang tuanya. Maka,orang tua itu juga terlanjur sayang pada menantunya.

Satu bumbung dengan dua isteri solehah rupanya belum cukup bagi Lora Fadil untuk menamatkan kisah cintanya.

Kira-kira enam tahun yang lalu, Lora si pemikat cinta perempuan cantik ini ingin menambah isteri sehingga dalam satu bumbung menjadi tiga cinta.

Dia kenal dengan janda bernama Novita. Cerita memadunya tak jauh berbeza ketika menakluk isteri kedua sehingga poligami yang dilakukannya mempunyai tiga isteri.

“Tidak ada perempuan yang tak punya cemburu. Begitu juga ketiga isteri saya, “katanya.

Sumber: SuaraTV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan