Ayahku Baru Meninggal Dunia.tetapi Satu Kejadian Luar Biasa Sebelum Dia Pergi. Buat Ramai Terkesan !!! - Sensasi 24-7

Latest

Rabu, 10 Mei 2017

Ayahku Baru Meninggal Dunia.tetapi Satu Kejadian Luar Biasa Sebelum Dia Pergi. Buat Ramai Terkesan !!!


Ayah ku meninggal 9 tahun lepas semasa aku tingkatan 5. Entah kenapa harini aku teringat banyak kenangan aku dengan ayahku. Aku anak bongsu dan aku adalah satu2nya anak perempuan. Aku hanya dua beradik iaitu seorang lelaki (abang aku) dan seorang perempuan (aku). Beza aku dan abg aku tak jauh. 2 tahun sahaja. Ibu bapa aku kahwin agak lewat. Masa tu umur mereka hampir 40tahun.

Dari kecil aku dan abang aku ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi perhatian sebenarnya lebih banyak ayah aku berikan kepada aku kerana aku anak perempuan dan bongsu. Oleh itu dia sangat overprotective terhadap aku. Dia tidak pernah mengizinkan aku berdikari. Sedangkan sekolah yg jarak 50 meter sahaja dari rumah aku, aku tidak dibenarkan untuk pergi sekolah sendiri atau dengan kawan2. Ayah mesti nak hantar aku. Balik pun bergitu. Ayah akan ambil aku dari sekolah juga. Ayah ku kerja sendiri so, masa dia agak flexible.

Aku ingat lagi masa tu. Pernah satu hari aku rebel. Aku tengking ayah aku. Aku cakap dgn ayah aku yang aku malu pergi sekolah berhantar dan balik sekolah berambil. Aku nak berdikari. Ayah aku hanya mendiamkan diri. Dia sedikit pun tidak memarahi aku. Dia hanya mengangguk. Esoknya aku pun gembira la sebab dapat green light untuk pergi sekolah sendiri dgn kawan2… Alih2 masa ktorang nak sampai sekolah, kawan aku tegur aku bgtau ayah ku ada kat belakang dengan motor dia. Aku pun toleh la pastu nampak ayahku. Rupa2nya ayah aku follow aku senyap2 dari belakang. Balik sekolah haritu aku apa lagi. Rebel lagi la… Aku tengking ayah aku sebab follow aku. Pada masa tu aku rasa ayah tak percayakan aku. Tu sebab dia follow aku. Dan lagi sekali ayah aku hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa2. Esok dan esoknya aku terus pergi sekolah dengan kawan2 aku. Dan ayah masih follow aku. Dia tak hiraukan walaupun aku cakap jangan follow. Hubungan aku dengan ayah aku jadi dingin. Ayah tanya aku sepatah, aku jawab sepatah. Aku malas nak ada proper conversation dengan ayah aku.

Masa tingkatan 5. Ayah aku meninggal secara tiba2 dalam tidur. Walaupun aku ni selalu bergaduh dengan ayah aku, aku sayang kan ayahku sebab dia la nadi dalam keluarga aku. Masa ayah aku tak ada, baru aku sedar bertapa pentingnya ada ayah. Selepas ayah aku meninggal, aku dilanggar kereta sewaktu melintas jalan ke sekolah. Masa aku jatuh tu, aku toleh belakang. Sebab selama ini aku tahu ayah aku akan sentiasa ada dibelakang aku untuk ke sekolah. Tapi sayang, masa tu aku teringat kembali yang ayah aku sudah tiada. Menangis aku waktu itu bukan kerana luka kemalangan tapi kerana sedar ayah aku tiada ketika aku sangat memerlukannya. Hidupku sekeluarga terumbang ambing selepas kematian ayahku. Kami dihalau dari rumah oleh adik beradik ayahku sebab tanah yang kami duduk adalah milik arwah nenek aku (emak ayah aku). Katanya keluarga aku tak ada hak nak duduk atas tanah tu sebab ayah aku sudah meninggal. Ibu aku pula hanya la surirumah. Dia tidak tahu drive. Naik basikal pun ibu aku tak tahu. Ni lebih menyukarkan hidup aku dan ibu aku sebab pergerakan kami terbatas. Abang aku masa tu tinggal di asrama universiti. Hanya aku dan ibu aku terpaksa hadap derita hidup tanpa ayah aku. Nasib baik aku ada lesen moto sebelum ayah aku meninggal. So dapat la aku bawak ibu aku pergi beli barang dapur. Melihat kereta ayah aku hanya terletak sahaja di garaj, adik beradik ayah aku tuntut supaya diberikan kereta tu kepada mereka.

Aku enggan sebab bagi aku, aku mahu gunakan kereta tu selepas aku lulus ujian memandu. Akhirnya hubungan aku dan bapak2 sedara aku jadi keruh. Mereka seperti tidak hirau lagi kewujudan kami.

Selepas beberapa bulan, aku dapat tawaran masuk matrikulasi di Perak. Time ni aku cuak sebab tiada siapa yang boleh hantar aku ke sana. Adik beradik ayah aku dah sisihkan kami. Adik beradik ibu aku pulak tak reti nak drive. Abang aku ada kat universiti Pantai Timur. Takkan aku nak susahkan abang aku. Tiba2 aku teringat. Alangkah bagus kalau ayah ada. Aku kembali sesal dengan sikap aku dahulu. Dulu nak sangat berdikari. Sekarang jadi kenyataan. End up aku mendaftar masuk matrikulasi seorang diri. Datang naik bas seorang diri. Cemburu melihat pelajar2 lain yang datang mendaftar sesama keluarga.

Bergitu juga bila tamat belajar di matrikulasi. Aku balik dan angkut barang2 seorang diri naik bas. Dan sekali lagi aku terfikir. Kan bagus kalau ayah ada. Semakin dewasa aku menjadi matang. Aku sedar apa yang ayah aku buat selama ini, follow aku pergi sekolah semua tu kerana dia risaukan keselamatan aku bukannya kerana dia tidak percayakan aku. Aku sangat menyesal dengan sikap aku semasa ayah aku ada. Aku tidak menghormati ayah aku dan aku nak ayah aku dengar cakap aku. Bila ayah aku meninggal, sangat terkesannya hidup aku.

Justeru, aku nak menyeru remaja2 kini supaya menghargai ibu bapa anda. Masa remaja kita hanya fikir nak seronok, semua benda nak buat sendiri. Tolong la jangan jadi macam akak. Even akak dah 26tahun, tiada sehari pun yang akak dapat lupakan sikap kurang ajar akak dengan ayah akak semasa remaja dulu. Tolong doakan ayah akak ditempatkan dikalangan orang beriman.

Al fatihah.

Sumber: Suria | IIUMC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan