Kartunis Ujang Diberi Notis 24 Jam Berhentikan Kerja, Berikut Adalah Luahan Beliau Selepas Diberhentikan Kerja Serta Merta - Sensasi 24-7

Latest

Sabtu, 6 Mei 2017

Kartunis Ujang Diberi Notis 24 Jam Berhentikan Kerja, Berikut Adalah Luahan Beliau Selepas Diberhentikan Kerja Serta Merta


Nama kartunis Ujang bukanlah satu nama yang asing lagi dalam industri seni komik negara, namanya pasti akan dikenang sebagai seorang tokoh selepas dahulu popular dengan majalah Ujang yang menjadi halwa mata anak-anak ketika itu.

Pernah meluahkan rasa sedihnya sebelum ini kerana dikhianati, kini terbaru beliau tampil sekali lagi membuat luahan melalui satu penulisan di laman facebooknya, selepas diberhentikan kerja dengan notis 24 jam.

Dalam luahan itu, beliau menceritakan tentang sebuah syarikat penerbitan Majalah yang baru hendak naik pada 6 tahun yang lepas. Pada mulanya beliau agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut disebabkan pernah ditipu sebelum ini tapi disebabkan syarikat tersebut merayu-rayu dengannya, akhirnya beliau bersetuju juga dengan tawaran tersebut.

Beliau pada mulanya telah meletakkan syarat gaji sebanyak RM15,000 untuk semua operasi menyeluruh namun syarikat tidak dapat memenuhi permintaanya kerana ianya sebuah syarikat baru, jadi beliau menerima dengan hanya gaji RM2000.

Jom kita baca luahan beliau.






Apapun diharapakan pihak terlibat dapat tampil menjawab dan menyelesaikan perkara ini dengan baik, bagi Abang Ujangm semoga rezeki abang sentiasa dipermurahkan. 

Sumber: Siakapkeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan