Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8.50 malam itu, penguatkuasa MBPP telah datang ke kedai Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain dan cuba merampas kerusi dan meja tanpa sebarang notis amaran.
Menurut Haziq, sudah tiga kali tindakan yang sama cuba dilakukan oleh penguatkuasa MBPP.
"Saya pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen, tetapi gagal dan diberikan pelbagai alasan.
Berdasarkan video yang viral di media sosial, rakan Haziq mendakwa MBPP gemar menganggu perniagaan bangsa Melayu berbanding dua bangsa yang lain.
Di media sosial, netizen menyokong tindakan Haziq dan berharap kejadian itu membuatkan pihak MBPP faham bagaimana perasaan peniaga kecil-kecilan yang mendakwa mereka ditindas oleh MBPP selama ini.
Sumber: The Reporter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan