Nora Danish Failkan Saman Terhadap Fasha Sandha - Sensasi 24-7

Latest

Sabtu, 13 Mei 2017

Nora Danish Failkan Saman Terhadap Fasha Sandha


Tindakan Fasha Sandha sebelum ini meluahkan perasaannya berkaitan isu dihalau dari sebuah majlis yang didakwa atas arahan seorang selebriti ini nampaknya telah melangkah ke satu fasa lain kerana Nora Danish sudah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadapnya.

“Saya perlu menjaga maruah diri, keluarga dan keluarga mentua. Lebih menyedihkan, insiden yang berlaku memberi kesan buruk kepada perniagaan saya. Peminat saya juga ada yang sudah beralih arah, sekali gus memberikan pelbagai komen di laman sosial,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, penganjur majlis yang diadakan baru baru ini juga telah memohon maaf selain mengakui bahawa insiden pertelingkahan tersebut berlaku berpunca daripada kesilapan mereka sendiri dan kini mereka sedang menjernihkan semula hubungan di antara dua selebriti ini.

“Saya faham apa yang dilakukan penganjur kerana mereka tentunya mahukan majlis yang dapat berjalan dengan lancar. Saya sendiri sudah memaafkan pihak Glass Go Media, namun tindakan undang-undang yang saya ambil kepada pihak yang memfitnah saya adalah kerana tindakannya yang melulu tanpa usul periksa,” tambah Nora lagi.

Sumber: rotikaya.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan