Anggota polis dan pekerja di lebuhraya terpaksa mengutip serpihan otak mangsa.
DUNGUN - Anggota polis dan pekerja lebuh raya Pantai Timur Fasa II (LPT2) terpaksa mengutip serpihan otak seorang lelaki yang bertaburan di atas jalan selepas terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 360.5 LPT2 arah Kuala Terengganu- Kuantan, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa Mohd Zulaini Safee, 31 yang sedang bersila untuk menukar tayar keretanya yang rosak di rempuh oleh sebuah lori dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Rempuhan itu menyebabkan mangsa terseret dan keadaan tubuh badan cedera teruk serta kepalanya parah, malah serpihan otak berterabur di atas jalan.
Rakannya, Mohd Abdul Azhim Suhairi, 18 berkata, sewaktu kejadian dia dan mangsa dalam perjalanan untuk pulang ke Kemaman.
"Pada jam 11 malam tadi kami ke rumah abang arwah di Manir untuk mengambil baju kerja dan pulang semula ke Kemaman kira-kira jam 2.00 pagi.
"Sewaktu perjalanan pulang kereta Produa Myvi yang kami naiki dan dipandu arwah mengalami kerosakan apabila tayar pancit.
"Lebih kurang 1 jam lebih kami menunggu dua lagi rakan dari kemaman untuk menghantar peralatan bagi membaiki kerosakan.
"Ketika arwah sedang bersila untuk membuka tayar , dua lagi rakan sedang menyuluh dengan lampu, manakala saya berada di tempat pemandu untuk membuka bonet hadapan datang sebuah lori.
"Lori tersebut terus menyapu arwah yang sedang bersila, seorang rakan tercampak ke dalam gaung, seorang lagi tersangkut pada besi penghadang jalan.
"Saya di dalam kereta terhantuk dan bergegar-gegar tetapi Alhamdulillah masih selamat.
"Kejadian berlaku dalam sekelip mata dan ketika kereta terseret saya terjerit-jerit memanggil nama arwah "mamat...mamat".
"Bagaimanapun sebaik sahaja keluar dari kereta saya hilang kata-kata melihat keadaan arwah berada dalam keadaan menyayat hati.
"Otaknya berterabur, kaki patah dan saya sedar dia sudah meninggal dunia,"katanya kepada pemberita ketika ditemui di unit forensik Hospital Dungun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Mayat mangsa yang juga bekerja sebagai buruh operasi di sebuah syarikat perindustrian di Kemaman di bawa ke Hospital Dungun untuk urusan lanjut dan diserahkan kepada waris.
Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan