VIDEO Yang Lebih Jelas..Jemaah Masjid Beramai-Ramai Serang Dan Pecahkan Cermin Kereta Di Johor - Sensasi 24-7

Latest

Jumaat, 5 Mei 2017

VIDEO Yang Lebih Jelas..Jemaah Masjid Beramai-Ramai Serang Dan Pecahkan Cermin Kereta Di Johor


SEBUAH video yang viral di media sosial merakamkan kejadian sekumpulan jemaah masjid menyerang dan memecahkan cermin sebuah kereta secara beramai-ramai.

Kereta tersebut dilihat dipandu ke depan dan ke belakang berulang-ulang kali dalam sebuah kawasan yang begitu sesak dengan kenderaan lain dan juga orang ramai yang dilihat baru keluar dari menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.

Kejadian ini dipercayai berlaku selepas solat Jumaat sebentar tadi berdekatan dengan salah sebuah masjid di Taman Austin Perdana, Johor Baharu.

Sumber di media sosial memaklumkan kejadian ini tercetus selepas pemandu kereta berkenaan dikatakan membunyikan hon keretanya berulang-ulang kali ketika solat Jumaat sedang berlangsung kerana marah keretanya tidak dapat bergerak akibat kenderaan lain yang diletakkan menghalang laluannya.

Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah di kalangan jemaah masjid yang merasa terganggu ketika sedang menunaikan solat Jumaat sebelum itu di masjid berdekatan lalu mereka bertindak menendang dan menumbuk kereta tersebut.

Selain itu segelintir jemaah masjid bertindak kerana menganggap perbuatan membunyikan hon berulang-ulang kali ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat, satu tindakan yang tidak menghormati Agama Islam.

Khuatir diserang oleh orang ramai, pemandu kereta cuba melarikan diri dengan mencari jalan ke depan dan ke belakang bagi mengelakkan kenderaannya diserang oleh orang ramai.

Melihat keadaan kereta yang dipandu secara berbahaya telah menyebabkan sekumpulan orang lain pula bertindak menyerang kereta tersebut menggunakan topi keledar mengakibatkan cermin belakangnya pecah.

Di bawah ini video yang dimaksudkan..


Sumber: Milo Suam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan