Sejak kes kematian penuntut UPNM mula hangat diperkatakan dari 2 minggu lalu, banyak cerita daripada pelbagai versi timbul di media. Selain pemberita yang bertugas mencari maklumat dari sumber kejadian, netizen pula menjadi penyiasat dengan melihat profil mangsa dan suspek terlibat dalam kes tersebut.
Walaubagaimanapun, sehingga ke hari ini masih banyak persoalan yang timbul berbanding jawapan yang dicari. Selain kumpulan pelaku, doktor di klinik swasta yang merawat Zulfarhan pula menjadi topik bualan netizen.
Sehinggalah semalam satu artikel mengenai cerita dari pihak doktor tersebut mula tersebar di media sosial.
Walaupun doktor tersebut telah menjelaskan dia sudah menulis surat rujukan ke hospital sebanyak dua kali dan bantuan ambulans kepada pesakit, ramai yang masih menimbulkan persoalan bagaimana doktor itu masih tidak mengecam kecederaan Zulfarhan adalah daripada kesan buli?
Bagi mengelakkan tohmahan kepada doktor itu berterusan, Warga Prihatin yang mengenali dan telah berjumpa doktor tersebut tampil menjernihkan isu sebenar disebalik apa yang berlaku di klinik berkenaan.
Doktor rawat Zulfarhan seorang yang teliti
Kecederaan mangsa bukan seperti digambarkan media. Rakan Zulfarhan menyembunyikan kesan sterika pada badan mangsa.
Rakan Zulfarhan dakwa kesan kecederaan dari bahan letupan
Rakan Zulfarhan menyamar sebagai Pegawai Tentera. Luka yang disembunyikan telah dirawat menggunakan antiseptik
Zulfarhan dan rakan-rakannya sendiri menolak saranan doktor untuk dirujuk ke hospital. Sebaliknya hanya minta doktor membuat rawatan awal kononnya memudahkan mereka yang membawa mangsa sendiri ke hospital.
Namun, kecederaan yang sepatutnya boleh dirawat dengan mudah menjadi parah setelah mangsa "disimpan" di rumah. Akhirnya, doktor itu hanya mengetahui cerita sebenar setelah mangsa dihantar buat kali kedua. Dalam penjelasan dibawah ini sebenarnya persoalan yang timbul telah terungkai.
Malah, doktor yang bersimpati dengan keadaan arwah sanggup memberikan 75% diskaun daripada bil rawatan asal.
"Kau tipu aku ya?" kata doktor itu kepada suspek.
Orang yang baik memang senang tertipu. Doktor itu mempunyai sebab tersendiri untuk tidak berhadapan dengan media. Namun, penjelasan ini sudah cukup menjelaskan cerita sebenar apa yang berlaku ketika rawatan awal di kliniknya.
Sumber: http://bit.ly/2sW16nm
saya masih mengikuti perkembangan kes ni cuma ada bebrapa perkara yang saya belum temui maklumat yang jelas , oertama sekiranya pihak media telah pun mendedahkan dan mempamerkan wajah kedua ibu bapa mangsa (zulfarhan ) kena sehingga kini seingat saya belum di siarkan wajah ibu bapa kepada si suspek utama, apakah atau siapakah mereka hingga sebegitu sekali identiti mereka dilindungi (maaf kalau saya tersilap kerana tak jumpa lagi gambar ibu bapa suspek utama amirul ashraff, akmal zuhairi, afif najmuddin, shobirin, abdoul hakeem ) yang sehingga kini tidak pernah di jelaskan data peribadi mereka mahupun keluarga mereka. Sekali lagi saya minta maaf kerana tak sangka dalam bulan puasa seperti ini saya mendapat bisikan jahat " apakah keluarga suspek-suspek ni orang kenamaan atau kerabat diraja atau ahli politik yang mempunyai nama besar dalam negara " maka latarbelakang keluarga mereka tidak di dedahkan heh heh heh sorry kita dilarang berburuk sangka lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ni.
BalasPadamMemang bila timbul isu-isu seumpama ni kami menjadi begitu emotional sekali. Kami sendiri mempunyai anak-anak remaja seperti Allyarham Zulfarhan dan suspek-suspek yang tertuduh tu, Wallahi Billahi sesekali kami tak nak sesuatu yang buruk ditimpakan ke atas anak-anak kami mahupun kawan-kawan anak-anak kami. Saya pasti diluar sana ramai yang sependapat dengan saya, dan pasti akan hilang pertimbangan bila keluarga kita diperlakukan sedemikian rupa. Apa pun kita sama sama berdoa semoga Roh Zulfarhan berada dalam ketenangan dan semoga Allah menerima taubat dan mengampunkan pelaku-pelaku buli yang membawa kepada melayangnya nyawa seorang daripada kawan mereka. Pasti rasa terkilan dan menyesal masih tetap berada di hati-hati kaki pembuli tu bila kesan daripada salah laku mereka menyebabkan akibat yang amat serius, memedihkan dan meninggalkan kesalan sepanjang hayat