Setelah mengalami kenaikan pada dua minggu sebelum ini, harga minyak pada minggu ini turut mengalami situasi yang sama, juga naik, yang mana membuatkan 3 minggu berturut-turut mengalami kenaikan minyak.
Menerusi perkongsian dari laman Paultan berkuatkuasa 12.01 tengah malam ini, harga minyak yang baru bagi Ron 95 adalah RM2.15 (kenaikan sebanyak 3 sen berbanding minggu lalu, RM2.12), manakala Ron 97 pula RM 2.43 (kenaikan sebanyak 4 sen berbanding minggu lepas RM2.39)
Berbeza bagi diesel, kerana ia turun sebanyak 2 sen, dengan harga terbaru, RM2.04(berbanding minggu sebelumnya, RM2.06).
Harga minyak yang baru ini akan bermula pada tengah malam ini untuk 17 Ogos 2017 sehingga 23 Ogos 2017, di mana kerajaan menetapkan harga minyak semingggu sekali pada petang Rabu.
Sumber: Siakap Keli

Tiada ulasan:
Catat Ulasan