Sekumpulan wanita berjalan di tepi semak sebelum mendengar tangisan yang disangkakan anak anjing. Mereka yang tertanya kemudian membuat pemeriksaan, lalu menemui bayi kembar yang ditinggalkan.
Menurut beberapa laporan dari media, di Curitiba, di selatan negeri Parana, Brazil, sekumpulan wanita menemui pasangan bayi perempuan kembar yang baru lahir di dalam semak dan tali pusat mereka masih belum dipotong.
Bayi tersebut dijangkakan ditinggalkan selepas lahir. Salah seorang bayi seberat 2.7 kg dan bayi seorang lagi seberat 1.6 kg.
“Saya sangkakan mereka ialah anak anjing [berdasarkan bunyi tangisan tersebut] tetapi setelah melihat sendiri baru saya ketahui mereka merupakan bayi kembar,” kata Tamela Ribeiro, salah seorang wanita yang menemui bayi tersebut.
Guilherme Zasevski Almeida, jurucakap polis berkata pegawai mereka percaya bahawa bayi tersebut ditinggalkan oleh seseorang yang menaiki van putih.
Bayi tersebut kini berada dalam keadaan stabil, dan staf hospital telah menamakan pasangan kembar itu Eloa dan Helosia. Kembar tersebut dibawa ke fasiliti jagaan rawatan khas selepas berat mereka meningkat naik.
Pihak jagaan masih tidak dapat mencari pemilik atau ibu kepada bayi tersebut dan usaha-usaha untuk mencari pelaku yang berbuat demikian akan giat dilakukan.
Bayi tersebut juga akan diletakkan untuk penjagaan anak angkat kepada mereka yang berupaya untuk menjaga mereka sebagai anak angkat dan memberi keperluan yang cukup kepada bayi-bayi ini untuk tumbesaran mereka.
Sumber: ERA BARU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan