Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun telah dirantai oleh ibu bapanya di tangga luar rumahnya sebagai hukuman ke atas kenakalannya di China baru-baru ini.
Tindakan pasangan suami isteri itu terbongkar apabila video dikongsi di aplikasi Wechat tersebar di media sosial China.
Hasil rakaman dari jiran tetangganya, kanak-kanak lelaki itu berdiri di luar rumah tanpa alas kaki dengan tangannya diikat seperti binatang.
Dalam rakaman itu juga, kelihatan seorang budak perempuan telah berkongsi roti dengan kanak-kanak lelaki tersebut sementara tangannya masih terikat oleh rantai logam.
Berdasarkan rakaman itu, kanak-kanak lelaki itu mendakwa telah dipukul oleh bapanya dan dirantai di tangga untuk sepanjang malam.
“Dia juga tidak diberikan makanan atau minuman,” katanya lagi.
Dalam satu kenyataan, pegawai polis Maguan telah melawat tempat itu pada 24 Ogos lepas untuk membuat siasatan lanjut.
Ibu bapa kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa anaknya terlalu nakal dan selalu melanggar peraturan.
Mereka terpaksa mengikat tangannya untuk menghalang untuk memusnahkan harta benda jirannya.
Ibu bapanya juga mengakui telah menghukum kanak-kanak itu sebanyak dua kali dengan mengunci tangannya dengan rantai pada bulan Ogos ini namun tiada kecederaan yang ditemui.
Menurut Pentadbiran Keselamatan Awam, Ibu bapa terbabit telah diberi amaran lisan kerana tidak mendidik anak dengan cara yang betul.
Sumber: Siakapkeli
Tiada ulasan:
Catat Ulasan