Baru-baru ini viral di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Arab ingin merogol pembantu rumahnya.
Wanita itu melalui pengalaman hitam apabila merantau ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pembantu rumah tetapi tidak dilayan dengan baik oleh majikannya.
Menurut laporan TNP, wanita warganegara Filipina itu telah dicabul oleh majikannya. Sebelum ini, beberapa kes pekerja Filipina yang bekerja di luar negara dipaksa melakukan seks dan diugut dengan majikan dilaporkan berlaku.
Wanita itu dikatakan seringkali dipaksa namun tidak dapat melaporkan hal tersebut kepada sesiapa. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk merakamkan perbuatan jijik majikannya itu menggunakan kamera yang disembunyikan.
Video tersebut dimuat naik oleh seorang lelaki warga Filipina yang juga dikatakan bekerja di Arab Saudi bagi membantu wanita berkenaan mendapatkan bantuan.
Melalui video itu, wanita berkenaan dirakam sedang bercakap dengan majikannya sambil menggerakkan tangannya ke kiri dan kanan seolah-olah memberikan isyarat ‘tidak mahu’.
Majikannya yang boleh dilihat muda itu dikatakan sudah mengeluarkan kemaluannya dan bersedia untuk melakukan seks bersama pekerjanya.
Lebih kasihan, wanita itu tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana laluannya dihalang lelaki miang tersebut. Dia dilihat memberikan pergerakan badan menunjukkan rasa tidak selesanya, menggelengkan kepala serta menepis majikan yang tanpa henti mengajaknya.
Selepas letih memaksa wanita itu untuk tidur dengannya namun ditolak, majikan tersebut berputus asa. Dia kemudian menghala keluar dan wanita itu mengekorinya dari belakang untuk mengetahui jika dia akan berpatah balik dan memaksanya semula.
Wanita berkenaan dipercayai melalui mimpi ngeri itu setiap hari dan akan menggunakan rakaman tersebut untuk mendapatkan bantuan pihak yang boleh menyelamatkannya daripada majikan durjana itu.
Sumber: Kaki Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan