(VIDEO) Kereta Menghimpit Motosikal Sehingga Terbabas, Bukan Soal Siapa Salah, Mengapa Tak Berhenti? – Netizen - Sensasi 24-7

Latest

Sabtu, 9 September 2017

(VIDEO) Kereta Menghimpit Motosikal Sehingga Terbabas, Bukan Soal Siapa Salah, Mengapa Tak Berhenti? – Netizen


KUALA LUMPUR – Satu rakaman video yang menunjukkan detik-detik satu kemalangan berlaku antara sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang lelaki dan juga sebuah kereta jenis Proton Bezza tarik perhatian netizen apabila rakaman itu memaparkan penunggang motosikal terbabas ke atas jalan raya selepas dihimpit oleh kereta berkenaan.


Rakaman video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hafiz Izzudin Zainudin dengan bertujuan untuk membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci tentang kemalangan tersebut.

Menurut Hafiz, kejadian itu telah berlaku pada 4 September lalu, pada jam 3.34 petang di Jalan Bangsar berhampiran dengan stesyen LRT Bank Rakyat Bangsar.


Melalui rakaman video tersebut dapat dilihat bagaimana dua penunggang motosikal terbabit terjatuh ke atas jalan raya selepas dihimpit oleh kereta Proton Bezza yang menunjukkan bahawa pemandu kereta itu tidak bersalah sekiranya dilihat bagaimana punca kemalangan tersebut telah berlaku.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video tersebut berpendapat bahawa pemandu kereta itu tidak membuat kesalahan yang menyebabkan kemalangan itu berlaku memandangkan dia tidak mempunyai ruang lain untuk menggelakkan diri dari perlanggaran tersebut. Tetapi, sebaliknya motosikal tersebut yang bersalah kerana berada di laluan kereta yang menyebabkan dihimpit kereta berkenaan sehingga terjatuh.


Menerusi rakaman itu juga, segelintir netizen mendesak agar pihak berkuasa dengan segera mengambil tindakan ke atas pemandu kereta berkenaan kerana ketika kejadian, pemandu terbabit didapati telah melarikan diri dengan meneruskan perjalanannya tanpa memberhentikan keretanya.

Menurut Hafiz melalui postingnya, dia tidak dapat menolong kedua-dua penunggang motosikal tersebut memandangkan beliau mempunyai urusan penting yang harus diselesaikan yang menyebabkan dia terpaksa meneruskan perjalanannya.

Pelbagai reaksi dan respon dari netizen selepas menonton rakaman video kemalangan ini. Berikutnya adalah antara komen dan pendapat yang disampaikan oleh mereka yang mana kebanyakannya berpendapat bahawa penunggang motosikal yang bersalah kerana dikatakan cuai. Tetapi, persoalannya, mengapa pemandu kereta Proton Bezza itu terus melarikan diri dan tidak berhenti sedangkan dia tidak bersalah?




Orang ramai terutamanya penunggang motosikal haruslah berhati-hati ketika berada di jalan raya. Jangan jadikan kecuaian diri sendiri sehingga menyebabkan kemalangan yang akhirnya membawa padah. Semoga kes seperti ini menjadi pengajaran kepada semua penunggang motosikal agar lebih mementingkan keselamatan dan lebih berhati-hati sewaktu menunggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan