Bagi sepasang suami isteri, kehilangan anak tercinta pasti meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam jiwa. Setiap langkah dan ingatan pasti disusuli dengan harapan untuk berjumpa kembali dengan anak.
Lebih-lebih lagi jika anak kesayangan diculik, pasti hidup pun menjadi tidak keruan. Namun demikian, naluri ibu sentiasa percaya dengan keajaiban yang akan berlaku.
Tahun 1997, tahun yang amat indah buat Celesta Nurse apabila dikurniakan cahaya mata pertama dan diberi nama Zephany.
Namun tahun itu juga tahun yang amat perit bagi Celesta dan Morne apabila anaknya diculik di hospital hanya selepas tiga hari dilahirkan.
Tanggal 30 Mac 1997 merupakan satu sejarah hitam bagi pasangan suami isteri daripada Afrika Selatan ini.
Pihak hospital mendapati bayi itu diculik oleh seorang wanita yang tidak dikenali masuk ke hospital lalu menculiknya.
Celesta dan Morne juga telah membuat laporan polis tetapi tahun demi tahun, mereka masih gagal menjejaki Zephany.
Selepas itu, pasangan ini dikurniakan tiga anak yang lain tetapi masih mengharapkan kepulangan Zephany. Bagi mengubati rasa rindu, keluarga ini akan menyambut ulang tahun Zephany walaupun tanpa kehadirannya.
Hinggalah pada tahun 2015, Celesta dan Morne berjaya menjumpai anak sulung mereka yang hanya tinggal berdekatan dengan rumah kediaman mereka.
Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Identiti perempuan itu dikesan apabila salah seorang anak mereka yang juga merupakan adik kepada Zephany, bersekolah di tempat yang sama.
Wanita tersebut, Cassidy mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Zephany.
Walaupun mereka belajar dalam kelas dan gred yang berbeza tetapi mereka sering meluangkan masa bersama dalam aktiviti di sekolah.
Mereka juga mempunyai wajah yang seiras dan ikatan persahabatan yang luar biasa.
Dalam satu wawancara bersama This Morning, mereka dikatakan mempunyai panggilan manja seperti kakak dan adik.
Cassidy memberitahu perkara tersebut kepada ibu bapanya lalu mereka menjumpai Zephany di sekolah.
Apabila Morne melihat gadis itu pertama kali, dia terkejut kerana wajah gadis itu sama dengannya dan dapat merasakan satu perasaan yang janggal.
Morne mengambil masa untuk berbual bagi merungkai segala persoalan yang bermain di fikirannya.
Kemudian, mereka membuat laporan polis dan selepas ujian DNA dilakukan, ternyata gadis itu ialah Zephany yang dicari-cari selama 17 tahun.
Selepas perkara ini disahkan, Celesta berkata kepada Zephany,” Akhirnya saya menjumpai awak. Selama 17 tahun saya tidak berhenti mencari awak.”
Celesta juga tidak mampu menahan air mata kegembiraan apabila anak kesayangannya berjaya dijumpai.
Wanita yang menculik Zephany telah menjaganya seperti anak kandung sendiri. Bukan itu sahaja, Zephany bersama ‘ibu kandungnya’ tinggal tidak berjauhan daripada rumah keluarga Morne.
Hasil siasatan polis, mahkamah memutuskan wanita yang menculik Zephany dihukum penjara selama 10 tahun.
Keluarga Morne juga tidak menyimpan dendam malah memaafkan wanita tersebut kerana menjaga Zephany dengan baik.
Akan tetapi, disebabkan peristiwa ini Zephany menjadi trauma hingga tidak mampu menjalani kehidupan secara normal.
Menurut laporan Mediacorp Singapura, Zephany tidak tinggal bersama Morne dan Celesta. Laporan media tempatan mengatakan, Zephany masih tinggal bersama lelaki yang dianggap bapanya.
Zephany juga masih berhubung dengan keluarga kandungnya tetapi enggan diulas lanjut oleh Morne dan Celesta.
Sumber: Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan