NGERI!! Mak Bidan Ratah Uri Selepas Sambut Kelahiran Bayi - Sensasi 24-7

Latest

Selasa, 14 November 2017

NGERI!! Mak Bidan Ratah Uri Selepas Sambut Kelahiran Bayi


Kisah seram kali ini adalah berdasarkan sebuah kisah benar. Alkisahnya keturunan keluarga Faizal (bukan nama sebenar) ini ada membela saka. Saka ini sangat merbahaya walaupun ada yang menyangka bahawa ianya baik macam ala-ala cerita Waris Jari Hantu.

Tapi untuk pengetahuan pembaca setia kisahseram.com, saka tidaklah begitu baik. Saka ini akan mempengaruhi kehidupan si pembela. Selalunya ke arah yang negatif dan menyebabkan si pembela itu tadi semakin jauh dari agama Allah.

Ok, sebenarnya cerita tentang saka itu tadi tidak ada kena mengena dengan kisah yang akan diceritakan di sini. Berbalik kepada cerita keluarga Faizal, nak dijadikan cerita, Puan Sarimah ini sedang sarat mengandungkan si Faizal ketika itu.


Tidak lama kemudian, sampailah hari di mana Puan Sarimah berasa sakit hendak melahirkan Faizal. Waktu itu di kampung mana ada doktor sangat nak menyambut kelahiran bayi, jadi Puan Sarimah terpaksa menggunakan perkhidmatan bidan.

Makan uri

Setelah Faizal selamat dilahirkan, mak bidan itu tadi dengan tanpa rasa bersalah terus meratah uri Faizal. Melihat keadaan itu, apalagi Puan Sarimah pun terus menjerit ketakutan. Bukan itu saja, malah Faizal juga turut dilarikan oleh mak bidan puaka tersebut.

Tanpa membuang masa, keluarga Faizal berusaha mendapatkannya semula. Orang kampung banyak membantu untuk mencari Faizal. Dengan pertolongan orang kampung yang boleh mengubat secara halus, akhirnya Faizal dikembalikan semula. Rupa-rupanya mak bidan itu adalah sejenis hantu raya!
Sumber: Kisahseram.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan