Seorang cikgu MRSM meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri. Yang lebih menyedihkan lagi apabila membaca status terakhir arwah di laman sosial FB yang buat ramai sebak. Allahu. Baca dan kongsikan. Al Fatihah.
STATUS FB TERAKHIR CIKGU MRSM
SABAK BERNAM – Seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Panjang sempat menanda kertas jawapan dan menyiapkan analisa awal kertas soalan fizik semester dua pelajar tingkatan 4 sebelum disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Terusan Utama Parit 4, Sungai Besar, awal pagi tadi.
Mangsa, Khairul Anuar Salim, 30, memuat naik status itu di laman sosial Facebooknya pada jam 10.27 malam, Sabtu lalu.
Khairul Anuar dalam status Facebooknya menunjukkan analisa peratusan pencapaian pelajarnya di dua kelas tingkatan 4.
Advertisement
“Tiada pelajar gagal. Good Job (Syabas),” tulisnya dalam status Facebooknya yang dimuat naik arwah ketika berada di Tampin, Negeri Sembilan.
Khairul Anuar memuat naik status di Facebooknya, Sabtu lalu sebelum disahkan meninggal dunia selepas terbabit kejadian kemalangan, pagi tadi.
TERLIBAT DALAM KEMALANGAN
Khairul Anuar yang memadu bersendirian Produa Myvi dilaporkan hilang kawalan lalu masuk ke kiri jalan dan merempuh pokok kelapa sawit, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Arwah yang dalam perjalanan ke MRSM Sungai Besar setelah bercuti hujung minggu di kampungnya di Tampin, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan kejadian terbabit.
Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat patah tulang tengkuk utama.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sumber: Sinar Harian via http://bit.ly/2ui0u9o
Tiada ulasan:
Catat Ulasan