Video Aksi Pondan Menewaskan Lelaki Sejati Dalam Sukan Tomoi Menjadi Perhatian Dunia - Bukan Sebarang Pondan - Sensasi 24-7

Latest

Ahad, 12 November 2017

Video Aksi Pondan Menewaskan Lelaki Sejati Dalam Sukan Tomoi Menjadi Perhatian Dunia - Bukan Sebarang Pondan


Nong Rose Barnjaroensuk mencipta sejarah apabila menjadi peninju Muay Thai Transgender pertama yang dibenarkan untuk bertarung di Rajadamnern yang merupakan gelanggang ‘keramat’ dan dihormati. Lebih manis, pada 7 Jun lalu ‘Lady Boy’ Nong Rose berjaya menewaskan Sua Yai Chor melalui keputusan juri.

Tidak seperti arena pertarungan yang lain, Stadium Rajadamnern merupakan sebuah gelanggang yang tidak membenarkan perlawanan Muay Thai Wanita dan melarang wanita untuk menjejakkan kaki ke gelanggang.


Etika pemakaian di Stadium Rajadamnern menetapkan bahawa mereka yang bertarung di gelanggang ini tidak boleh memakai baju. Peraturan ini memaksa Nong Rose yang pada hakikatnya masih seoarang lelaki menarik diri pada mulanya kerana perlu bertarung dalam keadaan separuh bogel.

Tetapi Stadium Rajadamnern telah mengubah peraturan tersebut dan membolehkan Nong Rose bertarung dengan memakai bra. Perubahan peraturan ini tidak jelas samada terus kekal atau hanya untuk pertarungan Nong Rose sahaja.

Peraturan ini diubah kerana nilai komersil yang ada pada Nong Rose ekoran liputan serta perhatian meluas diberikan kepada Nong Rose.

Sebelum pertarungan, Sua Yai Chor telah berkata

“Aku tak boleh tengok beliau kerana beliau sangat cantik dan membuatkan aku jatuh cinta”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan