Perbuatan ‘dewasa’ diluar perkahwinan sememangnya perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan ekoran mendatangkan pelbagai implikasi kepada pelaku. Perbuatan ini bukan hanya disebabkan oleh keinginan seorang pasangan, malah turut membabitkan satu pihak yang terpedaya.
Perkara ini dapat digambarkan dengan jelas menerusi kejadian seorang remaja perempuan yang mengaku berhubungan intim bersama kekasih tanpa disedari dirinya telah diperdaya. Menerusi pengakuan gadis berkenaan, dia berniat untuk membantu kekasihnya yang ‘sakit’ untuk mengeluarkan sel darah putih.
Semalam dapat pesakit remaja perempuan. Dia mengaku sudah melakukan hubungan intim kerana ingin membantu kekasihnya yang sakit. Cuba teka sakit apa?
Dikatakan kekasihnya mempunyai sel darah putih yang berlebihan sehingga harus dikeluarkan, Ya Allah kreatif sangat
Si gadis tersebut percaya dan dia tidak tahu yang dikeluarkan itu sebenarnya sperma bukan sel darah putih.
Dia juga berkata bahawa kelebihan sel darah putih itu menyebabkannya pucat dan seperti orang hendak mati..
Mesej yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp itu jelas menunjukkan remaja perempuan itu tidak mengetahui bahawa dirinya telah diperdaya. Ekoran itu, ramai yang mengaitkannya dengan pendidikan seksual yang penting perlu diberikan dalam kalangan remaja.
Melihat kepada ruangan komen, nyatanya rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki berkenaan malah bersetuju bahawa pendidikan itu sangat penting.
Kekasihnya baik sangat, Masya Allah. Tapi kadang-kadang, terlalu baik pun disalahguna
Pentingnya sex education
Sumber: Giorno Joestar via Siakapkeli.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan