Seorang lelaki terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sepanjang masa akibat penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya
Budin atau nama penuhnya Mohd Izzuddin Zainal disahkan menghidap penyakit itu sejak September tahun lalu dan kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Disebabkan penyakit itu juga, Budin yang sebelum ini merupakan seorang guru sekolah kini tidak lagi mampu untuk bekerja ekoran bergantung kepada mesin oksigen 24 jam.
Meskipun begitu, dia tetap gigih dalam mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan untuk membeli tong oksigen itu serta menanggung keperluan keluarganya dengan mengambil tempahan membuat nametag tulisan khat dari atas katil hospital.
Perkara ini telah dikongsikan salah seorang rakannya, Mira Jamal, menerusi laman Facebook miliknya
Dalam perkongsiannya, Mira telah menceritakan tentang kecekalan kawannya itu dalam melawan penyakit yang dihadapi di samping tidak mengharapkan orang lain untuk membantu keluarga dia.
Tambah Mira lagi, Budin yang merupakan bapa kepada dua orang anak lelaki iaitu Sulaiman, 5, dan Isa, 3, adalah salah seorang mangsa pemandu bas Rapid KL yang melanggar beberapa buah kenderaan di Jalan Ampang pada 16 Ogos tahun lalu.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Sesiapa yang ingin menempah, boleh membuat pesanan melalui WhatsApp ataupun menerusi laman Facebook atau Instagram
Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan Budin serta keluarganya dan agar Budin kembali sembuh seperti sediakala. Amin!
Sumber: Facebook Mira Jamal JayKay via Says Seismik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan