Hukum Bagi Orang Yang Sengaja Tidak Mahu Membayar Hutang.. - Sensasi 24-7

Latest

Ahad, 10 November 2019

Hukum Bagi Orang Yang Sengaja Tidak Mahu Membayar Hutang..


Apakah hukum bagi orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang? Bagaimanakah dengan amalanya, Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?

Jawapan:

Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

1. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
2. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
3. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
4. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.


Sabda Rasulullah SAW:

“Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya) – Riwayat Ibnu Majah

“Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas.” – Riwayat Baihaqi

DISEDIAKAN OLEH JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR

Sekadar Perkongsian utk diri sendiri dn teman2 seagama. Dari Shuhaib Al Khoir, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا “Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” (HR. Ibnu Majah Dari artikel ‘Bahaya Orang yang Enggan Melunasi Hutangnya — Muslim.Or.Id’

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين Ertinya : ” Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)” ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW : من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang : اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : ” إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف”

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain : Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, ” Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; ” Benar ” Jawab Rasulullah” ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan