Satu ajaran sesat yang diketuai oleh seorang lelaki warga emas berumur 74 tahun berjaya ditumpaskan oleh polis di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Lelaki tersebut dipercayai mengaku bahawa dirinya adalah seorang rasul dan menyesatkan pengikutnya dengan meyakinkan mereka bahawa ajaran yang dibawanya boleh membuatkan mereka masuk ke syurga dengan mudah.
Lebih mengejutkan, ajaran yang dikenali sebagai aliran Tarekat Tajul Khalwatiyah Tariq Sheikh Yusuf itu juga memberikan kad syurga kepada pengikutnya sebagai tanda mereka menjadi ahli aliran tersebut.
Pengikutnya dikehendaki membayar sebanyak Rp10,000 (RM3) dan Rp50,000 (RM15) untuk mendapatkan kad tersebut.
Bukan itu sahaja, semua pengikut dikehendaki membayar zakat berdasarkan berat badan iaitu 1kg bersamaan dengan RM1.50 dan mereka juga perlu membayar zakat maal atau aset yang bernilai 2.5 peratus dari hasil pendapatan mereka.
Ketua aliran ini juga memperdaya pengikutnya dengan berkata dirinya boleh memanjangkan umur seseorang.
Dia kini didakwa atas pelbagai tuduhan seperti penipuan, pencacatan nikah, talak dan rujuk, menghina agama dan penggubahan wang haram.
Dengan kerjasama Majlis Ulama Indonesia, polis juga telah berjaya merampas 138 keping bukti dari kediaman lelaki itu.
Sumber: Tribun via Siakapkeli.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan