Kebanyakan Lelaki Malaysia Berpendapat Wanita Pakai Tudung Bawal Lebih Cantik - Sensasi 24-7

Latest

Selasa, 12 November 2019

Kebanyakan Lelaki Malaysia Berpendapat Wanita Pakai Tudung Bawal Lebih Cantik


Sudah menjadi trend di kalangan wanita yang bergelar hijabista untuk memperagakan tudung-tudung koleksi mereka di laman media sosial.

Pelbagai jenis fesyen tudung boleh diragakan sehingga lelaki tak tahu nama-nama jenis fesyen melainkan tudung saji.

Tetapi, dari kaji selidik mendapati 97.7 peratus lelaki di Malaysia berpendapat wanita yang memakai tudung bawal kelihatan lebih cantik.

Tudung bawal kelihatan lebih sopan


Lelaki berpendapat, tudung bawal lebih sopan jika dibandingkan dengan tudung jenis selendang yang berlilit-lilit dan pelik.

Tudung bawal lebih mudah untuk digayakan dan menutup dada

Lelaki berpendapat, selendang berlilit-lilit tidak menutup aurat kerana bahagian dada terdedah dan tidak sopan.

Mudah untuk dipakai dan tidak mengambil masa yang lama

Lelaki tidak suka menunggu, jadi tudung bawal merupakan kegemaran mereka sebab tak perlu ambil masa yang lama seperti selendang yang perlu dililit.

5 Kelebihan Tudung Bawal

Senang dikenakan

Satu yang pasti, tudung bawal disenangi ramai kerana ia sangat praktikal untuk dikenakan. Sesetengah wanita yang ke tempat kerja contohnya, merasakan tudung bawal lebih sesuai dikenakan kerana tak sukar mengenakannya, khususnya selepas dibuka apabila mahu bersolat.

Kepelbagaian fesyen

Jangan ingat shawl sahaja boleh dibelit pelbagai gaya. Hanya memerlukan sedikit kreativiti, pemakaian tudung bawal juga boleh menjadi 'sebergaya' pemakaian shawl.

Labuh yang boleh diselaraskan

Satu lagi kelebihan tudung bawal ialah labuhnya boleh diselaraskan. Jika rasa tak selesa, bolehlah dilabuhkan tudung itu mengikut kesesuaian.

Selesa

Kebanyakan tudung bawal direka dengan kain yang ringan, sejuk dan selesa.

Lebih muda

Eh? Jangan terkejut kerana kebanyakan penggemar tudung bawal bersetuju bahawa tudung bawal boleh membuatkan penampilan mereka nampak muda seperti gadis belasan tahun. Mungkin kerana itu ada lelaki berpendapat tudung bawal membuatkan wanita nampak lebih menarik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan