Lelaki Berambut Panjang Mampu Cairkan Hati Para Wanita. - Sensasi 24-7

Latest

Selasa, 5 November 2019

Lelaki Berambut Panjang Mampu Cairkan Hati Para Wanita.


Kalau dulu rambut panjang je mesti akan dikaitkan dengan rock kapa kapa semua itu, tapi kini dikaitkan dengan macho pula. Apa-apa pun nak tahu kenapa lelaki yang berambut panjang kini menjadi idaman para gadis. Ini sebabnya…

1. Tak ramai dan jarang-jarang.

Kalau lelaki yang berambut pendek dan bersikat rapi itu memang ramailah, tapi kalau lelaki yang berambut panjang ini, jarang-jarang itu yang membuatkan mereka ini lain daripada lain. Kelainan itu yang membuatkan gadis-gadis lebih tertumpu kepada mereka.

2. Pandai jaga rambut, pandailah jaga kekasih.

Kalau dilihat, lelaki yang memiliki rambut panjang ini tentu sahaja memiliki rambut yang lembut serta bersih. Dia tidak menggunakan sebarangan syampu malah menjaganya dengan baik. Bila dah mampu jaga rambut dengan baik tentu tak susah nak jaga kekasih yang sensitive macam rambut juga.


3. Tak semua orang boleh sentuh rambut mereka, begitulah mereka akan pertahankan kekasih mereka.

Haaa… bagi lelaki yang memiliki rambut panjang ini tentu sahaja tidak suka jika rambutnya disentuh dengan sesiapa sahaja. Hanya orang yang dirinya sayang dan percaya sahaja yang dibenarkan sentuh. Macam itulah juga mereka ini akan jaga kekasih mereka. Mereka tak akan senang-senang bagi orang sentuh apa miliki mereka. Itu yang perempuan cair.

4. Nampak segak dan mampu cairkan pandangan wanita.

Sekarang ini kalau tengok Ben Amir pun boleh tersenyumkan. Itulah penangan hebat lelaki yang berambut panjang ini. Lelaki seperti ini akan menarik perhatian para gadis, kerana mereka ini confirm ada rupa punyalah.

Tidak kiralah rambut mereka ini panjang atau pendek, tetapi mereka ini memang menarik perhatian ramai. Namun begitu, kenalah cari yang betul-betul mampu menjaga anda, bukan mampu jaga rambut je.

Sumber: http://bit.ly/2Jr5fq3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan