Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa bandar-bandar utama di Malaysia akan berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050.
Perkara ini dikongsi oleh Centre For Governance and Political Studies di Twitter yang merujuk kepada kajian yang diterbitkan oleh Nature Communications yang bertajuk “New Elevation Data Triple Estimates of Global Vulnerability to Sea-Level Rise and Coastal Flooding”.
Kajian yang menggunakan model CoastalDEM atau Digital Elevation Model menjangkakan ada beberapa negeri yang akan terjejas iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak.
Kajian baru menunjukkan bandar2 utama di 🇲🇾 akn berada di bawah paras air laut menjelang tahun 2050— Centre for Governance and Political Studies (@CentGPS) November 6, 2019
Negeri2 yg terjejas:
Perlis
⁰Kedah
Penang⁰
Perak⁰
N9
Terengganu
⁰Pahang⁰
Kelantan⁰
Sarawak
Kajian ini menggunakan model CoastalDEM, pengukuran yg lebih tepat#SeminitJe pic.twitter.com/tsRsrxkMLW
Pada tahun 2050:— Centre for Governance and Political Studies (@CentGPS) November 6, 2019
-Alor Setar menjadi sebuah pulau
-Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan
-Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam
-Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap
-Port Klang tenggelam. Shah Alam menggecil
-KLIA bertempat di sebelah pantai pic.twitter.com/XbgKk9hCp8
Di peringkat global, populasi Asia (70%) adalah paling byk terdedah kpd kenaikan paras air laut— Centre for Governance and Political Studies (@CentGPS) November 6, 2019
China: 43 juta
Bangladesh: 19 juta (15% drpd jumlah penduduk)
Vietnam: 26 juta (23%”)
Thailand: 17 juta (15% “)
Keadaan lebih teruk jika faktor lapisan ais tdk stabil diambil kira pic.twitter.com/8Hn6jctTkr
Berjuta penduduk Malaysia akan terkesan. Kebanyakan orang terpaksa berpindah. Projek perumahan dibazirkan. Tanah perladangan rosak. Krisis kekurangan makanan melanda.— Centre for Governance and Political Studies (@CentGPS) November 6, 2019
Tak kiralah parti mana yang anda sokong, orang korporat ataupun NGO, ini adalah realiti masa hadapan kita.
Sumber: CentGPS via Siakapkeli.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan