Tersungkur Redah Banjir Lumpur, Guru Ini Tak Kisah Demi Masa Depan Orang Asli - Sensasi 24-7

Latest

Selasa, 5 November 2019

Tersungkur Redah Banjir Lumpur, Guru Ini Tak Kisah Demi Masa Depan Orang Asli


Menjadi seorang guru di sekolah-sekolah pedalaman bukanlah sesuatu yang mudah. Jauh dari pembangunan dan kesibukkan kota, anak-anak Orang Asli ini sememangnya dahagakan ilmu dan juga perhatian dari seorang guru.

“Seperti lilin yang membakar diri” adalah perumpamaan yang paling tepat untuk guru-guru kerana sanggup berkorban banyak perkara untuk mendidik anak bangsa.
Guru Redah banjir lumpur ke sekolah

Menerusi satu perkongsian daripada seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Dala, Gerik, Perak, Syafeza Sauli telah memuat naik beberapa gambarnya meredah banjir lumpur menaiki motosikal menuju ke sekolah untuk mengajar.





Gambar-gambar Cikgu Syafeza yang tular itu telah membuatkan ramai yang terharu dengan pengorbanan guru di sekolah pedalaman bagi memberikan pendidikan kepada anak-anak Orang Asli.


44 km dari rumah ke sekolah

Menerusi Harian Metro, Cikgu muda berusia 26 tahun ini menjelaskan bahawa meredah banjir lumpur dan permukaan jalan tanah merah yang tidak rata adalah rutin hariannya yang menaiki motosikal ke sekolah dari rumah kira-kira 44 kilometer.

“Memang begitulah rutin dilalui sejak mengajar di sini dan permukaan jalan tidak rata menyebabkan saya tiada pilihan kecuali ke sekolah dengan menunggang motosikal.”


Asalnya tak tahu bawa motor

Sebenarnya, Cikgu Syafeza mengakui bahawa tidak tahu menunggang motosikal, namun disebabkan laluan ke sekolah hanya boleh dilalui dengan motosikal dan juga kereta pacuan 4 roda, dia tiada pilihan lain.

“Ikutkan, saya tidak tahu langsung menunggang motosikal, tetapi mengambil inisiatif untuk belajar memandangkan laluan untuk ke sekolah tidak sesuai dilalui kereta melainkan kenderaan pacuan empat roda.”
Anak2 Orang Asli tinggi budi bahasa

Walau bagaimanapun, dia pada asalnya kurang gemar berkongsi perjalanan kehidupan sebagai seorang guru di kawasan pedalaman itu kerana sedar ramai lagi guru-guru yang menempuh cabaran sama sepertinya, malahan lebih hebat lagi.

Akan tetapi, dia sangat gembira mengajar di kawasan Orang Asli kerana mereka semua dahagakan ilmu dan sangat bersopan santun dengan guru. Hal tersebut membuatkannya begitu menyayangi anak-anak Orng Asli.


Keikhlasan seorang guru

Sehubungan dengan itu, menerusi facebook sumber, rata-rata warganet memuji tindakan guru tersebut yang sanggup bekorban pelbagai cabaran demi pendidikan anak Orang Asli.

Mereka turut kagum dengan semangat para guru lain yang menempuh nasib sama demi melihat anak-anak di pedalaman memdapat pendidikan yang sama dengan mereka yang berada di kawasan bandar.


Berkat jasa, Inn shaa Allah anak2 murid akan ingat

Ujian nak sampaikan ilmu. Salute!


Sumber : Syafeza Sauli, Harian Metro via http://bit.ly/2MhsXqs

Tiada ulasan:

Catat Ulasan