Walau Atas Nama Senaman, Berzumba Tempat Terbuka Dan Seumpamanya Tetap Haram - Sensasi 24-7

Latest

Isnin, 11 November 2019

Walau Atas Nama Senaman, Berzumba Tempat Terbuka Dan Seumpamanya Tetap Haram


Ustaz Farid Rashidi berikan penjelasan detail, kenapa berzumba mahupun lakukan senaman lain-lain tarian untuk kaum hawa di pentas terbuka itu hukumnya haram.

Sebelum membuat andaian yang lain, hadamkan dahulu apa yang ustaz terangkan ini sebaik-baiknya. Berzumba atau lakukan aktiviti senaman lain tetap boleh dilakukan, tapi ada syarat yang perlu dipatuhi ya mak-mak.

Tak Segan Silu Menari Zumba, Kononnya Atas Nama ‘Senaman’

Geleng kepala dan sedih tengok trend sekarang kaum hawa tak lagi segan silu menari zumba, panama, senamrobik di khalayak ramai. Kononnya atas nama ‘senaman’.

Padahal perempuan kalau pakai ketat, berjalan pula di Mall atau tempat awam sudah cukup mengundang mata lelaki memandang. Inikan pula menari bersenam macam itu.

Tak kiralah tua atau muda, semua pandang semacam. Tajam! Tak berkelip aih. Lelaki yang memandang itu sememangnya dah berdosa.


Apalagi kalau menari zumba, senam atau apa jua tarian di tempat awam yang bercampur lelaki perempuan. Pakai pula pakaian ketat menggoda. Aduhai, lagilah menarik perhatian lelaki.

Sebab itu Rasulullah SAW berpesan, sabda Baginda SAW:

ما تَركتُ بَعدي فِتنَةً أضرَّ على الرجالِ منَ النساءِ

“Tidaklah ada sepeninggalku fitnah (cubaan) yang paling berbahaya bagi lelaki selain fitnah (cubaan) terhadap wanita” [Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 5096, Muslim no. 2740).

“Apa hukum berzumba?” Tanya seseorang tempohari. Baik, mari kita baca pandangan para ulama’ tentang hukumnya ya.

Joget atau menari dalam istilah Fiqh disebut ar-Raqshu. Kamus Mu’jam al-Wasith menyebutkan:

تنقَّل وحرك جسمه على إِيقاع موسيقى أو على الغناء

“(ar-Raqshu) adalah seseorang berpindah-pindah posisi dan menggerak-gerakkan badannya sesuai irama muzik atau nyanyian.”

Para ulama dalam al-Lajnah ad-Daimah Lil Buhus Wal Ifta’ menyebutkan:

والبعد عن أسباب الفتنة، ومن أعظمها رقصها أمام الرجال الأجانب، فهو محرم لا يجوز،

Dan wajib juga bagi mereka untuk menjauhi sebab-sebab fitnah (godaan). Dan di antara godaan yang paling besar adalah joget/menarinya mereka di depan lelaki yang bukan mahram. Ini hukumnya haram, tidak diperbolehkan. [Rujuk Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, jilid 3 no. 16638‏]

Begitu juga Fatwa Mufti Negeri Sabah menyebutkan bahawa HARAM seseorang wanita menari di khalayak awam.

Kenapa Berzumba Dan Seumpamanya Jadi Haram

Antara sebab menjadi haram adalah:

  • Mendatangkan fitnah.
  • Kerana di tempat terbuka dapat dilihat lelaki.
  • Percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram.
  • Berpakaian menjolok mata dan mendedahkan aurat.
  • Adanya elemen erotik menaikkan syahwat dalam tarian dan persembahan muzik yang keterlaluan.


Ia termasuklah mereka yang bersenamrobik dan berzumba, lalu dirakam atau disebarkan secara live pun tak boleh.

Tapi kalau perempuan nak bersenam sesama perempuan di tempat tertutup, terhindar daripada pandangan mata lelaki dan percampuran lelaki tak ada masalah. Boleh.

Atau nak menari atau bersenam depan SUAMI SAHAJA di tempat tertutup pun boleh. Menarilah sampai ke subuh pun. Berpahala Insya-Allah.

Ok, jemputlah share dan sebarkan artikel ini seluas saujana mata memandang. Moga tukang share beroleh pahala kebaikan dan lebih ramai mendapat manfaatnya ya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan