Tulisan Jawi suatu ketika dahulu digunakan secara meluas di kawasan Kepulauan Melayu dalam pelbagai bidang antaranya falsafah, perundangan, sastera dan sebagainya. Pelbagai penulisan dokumen-dokumen penting turut ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan betapa penting peranannya di Malaysia.
Namun, seiring peredaran masa penggunaannya berkurang. Tetapi tidak bagi Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang meminati penulisan kaligrafi jawi ini.
Walapun pandai membaca, Tunku berkata tidak mudah menulisnya kerana tulisan unik ini adalah merupakan suatu seni.
Tetapi, ada individu yang menyelar kenyataan yang dikeluarkan Tunku sebagai suatu bentuk ‘rasisme’ dengan mengaitkan bahawa penulisan mengikut identiti budaya ini tidak boleh dipaksa kepada kaum lain.
Tampil membidas, menurut Tunku apa yang dikatakan baginda itu tidak berkaitan langsung dengan sifat rasis tetapi penghargaan kepada keindahan tulisan Jawi itu sendiri.
Menerusi hantaran terbaru di Twitter, Tunku turut memuat naik satu kenyataan ‘amaran’ dengan berseloroh untuk men’jawi’kan mereka yang menuduh baginda sebagai berpolitik dan bersifat rasis dalam media sosial.
Warganet yang mengikuti perkembangan isu ini turut memberikan pelbagai reaksi. Rata-ratanya dilihat memberikan sokongan kepada Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat jelata ini.
Saya dan ramai rakyat Malaysia menyokong Tuanku
Perlu dihukum sebagai pengajaran
Mereka yang menuduh Tuanku sebagai berpolitik dan ‘racist’ adalah bodoh
Kenapa orang tolak ilmu?
Sumber : @cheminahsayang via Siakapkeli.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan