Padah Guna Botol 'Garu' Dubur - Sensasi 24-7

Latest

Selasa, 31 Disember 2019

Padah Guna Botol 'Garu' Dubur


BEIJING: Seorang lelaki terpaksa mendapatkan rawatan di hospital apabila satu botol kaca termasuk dan terperangkap di dalam duburnya.

Lelaki berusia 60 tahun itu mendakwa dia menggunakan botol kaca sepanjang 18 sentimeter untuk menggaru punggungnya yang gatal.

Bagaimanapun, dakwanya, dia secara tidak sengaja tercucuk botol itu ke dalam duburnya menyebabkan objek itu terperangkap.


Katanya, dia berusaha untuk mengeluarkan botol itu tetapi tidak berjaya, malah objek itu semakin masuk ke dalam duburnya.

Imbasan X-ray yang dibuat menunjukkan botol itu di dalam badan lelaki berkenaan dengan hujungnya hampir mencecah usus besar.

Doktor yang merawat lelaki itu berkata, dia dapat merasai botol berkenaan apabila dia memegang perut pesakit berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan lelaki itu sakit di bahagian perut dan dia juga tidak boleh membuang air besar.

“Kami berjaya membuang botol ini menerusi pembedahan dan keadaan pesakit stabil serta dibenarkan keluar dari hospital,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan