Kerana rasa kasih terhadap ibunya, seorang remaja telah simpan dendam sejak usia 12 tahun terhadap seorang lelaki atas ketidakadilan yang berlaku atas ibunya.
Lelaki yang merupakan pelajar vokasional dari Gempol, Pasuran, Indonesia ini telah ditahan Selasa lalu atas tuduhan menikam Yasin Fadilla pada hari Isnin lalu.
Insiden ini berlaku semasa Yasin baru saja keluar rumah menaiki motosikal untuk ke rumah jirannya sebelum dia ditahan oleh seorang lelaki yang tak dikenali dan ditikam tanpa belas.
Yasin yang meninggal di hospital kerana pendarahan teruk. Pada awalnya, identiti orang yang menikam lelaki ini tak dapat dikenali tapi kemudiannya pihak polis didedahkan dengan maklumat yang Maulud mempunyai motif untuk menyerang Yasin.
Tribun melaporkan, Maulud ditahan semasa dia sedang melarikan diri ke Kendiri dan punca serangan tersebut adalah kerana dendam. Maulud dikatakan telah menyimpan dendam kerana Yasin telah merogol ibunya enam tahun lalu.
Saya dendam dengan dia sejak umur 12 tahun bila saya dapat tahu dia rogol ibu saya!
Maulud mengatakan, dia mendengar tentang insiden yang menimpa ibunya ketika dia di sekolah rendah. Walaupun ketika itu orang dewasa di tempatnya telah ‘selesaikan’ masalah antara Yasin dan ibu Maulud, lelaki ini masih tak boleh nak maafkan Yasin! Anak mana yang boleh lupa?!
Maulud dikatakan telah merancang untuk membalas dendam sejak kecil dan sejak sebulan yang lalu, dia telah mengintip segala pergerakan Yasin dan menyediakan pisau untuk menikam lelaki tersebut.
Sumber: Lobakmerah.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan