Gambar sekadar hiasan |
Nak bahagiakan hati isteri sebenarnya simple je. Bawa isteri jalan-jalan pun sebenarnya boleh buatkan hatinya double bahagia. Sebab emosi isteri yang penat ini, kalau dibiar lama-lama memang boleh membawa kepada kes kemurungan.
Serius! ini bukan main-main. Tengok saja contoh mak-mak yang jaga anak-anak seminggu tanpa rehat. Lagi-lagi anak-anak tengah nak besar tu. Cuba tengok gayanya, dengan mak-mak yang jaga anak-anak tapi masih mendapat sentuhan emosi kasih dari seorang suami.
YA AMPUN.. MEMANG JAUH BEZA. TAPI TAK SEMUA SUAMI FAHAM. KATANYA, BERJALAN-JALAN ITU MERUGIKAN WAKTU. MEMBAZIRKAN WANG RINGGIT YANG SUSAH NAK DICARI UNTUK SETIAP BULAN. HAISH! BUKAN SURUH BAWA ISTERI JALAN-JALAN PERGI LONDON PUN..
Cukuplah bawa isteri jalan-jalan ke tempat-tempat yang boleh membahagiakan hatinya. Walau sekadar jalan-jalan window shopping dan tak beli apa-apa. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan.
Emosi isteri yang penat, dia cuma nak tengok pemandangan selain dari rumah dia je. Tu je pun. Dah kalau susah sangat tak de idea nak bawa isteri jalan-jalan ke mana. Nah! Mingguan Wanita kongsikan lokasi jalan-jalan yang tak keluar modal sangat pun. Paling tidak pun kenalah keluar duit minyak.
Lokasi jalan-jalan yang tak perlu keluar modal gedabak pun
Jalan-jalan Ke Taman Permainan
Macam kelakar je kan, bawa isteri jalan-jalan ke taman permainan. Tapi percayalah, walau lokasi jalan-jalan ini kedengaran kelakar. Sungguh, ia boleh jadi lokasi yang best untuk anda seisi keluarga. Macam mana tau nak jadikan best tu.
Pertama, sebelum keluar cuba bawa makanan dan minuman dalam bakul. Boleh minta isteri sediakan serba sedikit di rumah. Ala.. sandwich dan air oren pun dah berbaloi-baloi. Masukkan bakul. Bawa tikar sama.
Bila sampai taman permainan tu, bagilah anak-anak main gelongsor ke jongkat jongkit ke. Lepas 15 minit ke setengah jam, bentang tikar tu makanlah anak beranak. Syok je pun. Dapatlah rasa makan di luar rumah. Udara pun segar je. Carilah taman permainan yang banyak pokok-pokok. Elakkan tengah-tengah rembang.. rentung pulak satu keluarga karang.
Pantai Atau Hutan Lipur Pun Plan Yang Baik
Konsepnya masih sama, bawa bekal dari rumah. Bezanya, anak boleh beraktiviti mandi laut atau mandi sungai. Biasanya kalau termpat terbuka ini tak adalah dikenakan bayaran. Melainkan anda pergi ke kolam private.
Kata nak jimat, kalau tempat free macam ini pun payah nak bawa anak isteri. Susahlah nak sambung cerita dah. Tapi kena juga sambung story mory ini, sebab kadangkala tak tahulah kenapa, macam susah je suami nak faham benda-benda simple macam ini.
Okay, katakan dah sampai pantai atau hutan lipur. Dah alang-alang sampaikan.. cubalah plan untuk buat barbeque. Ala bakar-bakar ayam ke ikan ke, makan anak beranak. Haa.. tak ke seronok tu. Jangan lupa kemas kawasan camping tu lepas makan-makan.
Nanti anak akan belajar sama erti tanggungjawab. Lepas makan di satu-satu tempat, kemas bagi bersih. Jadi orang seterusnya nak guna mudahkan dia. Tak lah susahkan orang. Ajar sifat-sifat terpuji macam ini dari anak-anak kecil. Besar nanti dia buat pula benda baik ini dekat orang lain.
Bawa Pulang Ke Kampung Pun OK Sangat Dah, Tapi..
Nih paling berbaloilah. Tapi janganlah asyik kampung suami saja. Bergilir-gilirlah.. itu kan lebih baik. Jadi isteri pun rasa bahagia bila dapat jenguk wajah mak ayah malah adik beradiknya. Kalau dapat berjalan-jalan ke rumah saudara mara yang dia rapat pun bagus sangat-sangat.
Kalau anda ada anak-anak ramai, waktu nak bertandang ke rumah orang, bawalah sedikit buah tangan. Perkara semacam ini dah semakin terhakis dan dilupakan orang-orang sekarang. Orang dulu-dulu, kalau datang rumah orang ada tempoh waktunya.
Takkan terjah tengah malam, kalau dah terpaksa pun dia mesti tak datang dengan tangan kosong. Paling tidak biskut kering, setin susu pekat manis, teh ataupun gula. Kiranya lengkaplah kalau orang tu nak jamu tetamu semula.
Mereka datang tak menyusahkan. Sekarang budaya macam tu mana nak ada dah.. eh! jauh pula perginya.
Ini pun nasihat berguna juga kan.
JADI, SUAMI BOLEHLAH MULA FIKIR-FIKIRKAN MAHU PILIH CARA YANG MANA. JANGAN SAMPAI EMOSI ISTERI TERDERA. KADANG DIA TAK NAMPAK TAU DARI LUARAN. ISTERI PENDAM JE. LAMA-LAMA BILA DIA MAKAN HATI, BAHAYANYA CINTA DIA DEKAT SUAMI PUN SIKIT-SIKIT TERHAKIS.
Bila dah tak rasa cinta pada suami itu yang bahaya. Dia pun mulalah tak care dah. Jangan ya.. hati isteri ini sensitifnya macam kulit bawang sebenarnya. Sama-samalah kita jaga moga hubungan semakin lama, semakin cinta.
Sumber: Mingguan Wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan