Ada Sesiapa Yang Tergolong Insan Berdarah O Pasti Anda Terkejut Bila Mengenali Mereka Yang Berdarah O - Sensasi 24-7

Latest

Selasa, 18 Februari 2020

Ada Sesiapa Yang Tergolong Insan Berdarah O Pasti Anda Terkejut Bila Mengenali Mereka Yang Berdarah O

Gambar Hiasan
Ada sesiapa yang tergolong insan berdarah O? Jika ada, pertahankanlah mereka! Mereka adalah orang yang penting untuk dikenali seumur hidup!

Jika anda sendiri seorang yang bergolongan darah O, berbanggalah! Anda pasti setuju keterangan berikut ini.

Personaliti orang berdarah O

Seorang teman yang sejati! Dia tidak akan mengkhia nati teman sendiri!

Komited tinggi! Apapun kerja yang dilakukan pasti sampai siap!

Rela melepaskan pemergian seseorang demi kebahagiaan orang tersebut, lalu secara diam-diam menitiskan air mata di belakangnya.

Selalu berusaha untuk kelihatan kuat dan mandiri, tetapi kalau lagi sedih pasti menyembunyikan.

Dari luar kelihatan tegar, keras, tapi sebenarnya hatinya mudah terlu ka.

Setia! Bila dah sayang pada seseorang, tidak akan dilupakan!


Mudah tersentuh!

Kelihatannya acuh tak acuh, tidak kisah, padahal sebenarnya sensitif, memahami, cuma suka berpura-pura ego.

Adil, paling benci kebohongan dan kemunafikan.

Jika dilakukan baik pasti dibalas baik juga, tapi dilakukan jahat boleh menjadi lebih jahat.

Berani cuma takut gagal, bagaimanapun juga seorang yang selalu berusaha untuk tabah.

Tidak berhitung, masalah kecil pasti dilupakan, tidak berdendam.

Kebaikan orang selalu diingati dan dibalas malah 2 kali ganda.

Mereka yang berdarah O mempunyai kualiti yang hebat seperti tenaga dan kebolehan untuk fokus, ciri-ciri yang diperlukan untuk memimpin, produktiviti dan proaktif. Warisan genetik mereka memberikan peluang untuk menjadi kuat, produktif mempunyai hidup yang panjang dan optimistik.

Di Jepun, mereka mengaitkan jenis darah ini dengan jenis keperibadian tertentu. Individu berdarah O sering dikaitkan dengan sifat komited, teratur, fokus, bertanggungjawab, teliti dan praktikal. Malah, mereka ini mempunyai daya pemikiran logik yang lebih baik.

Kekurangan kumpulan darah O

Namun, di sebalik ciri-ciri hebat ini, individu berdarah O juga mempunyai kelemahan. Tabiat yang tidak sihat atau tahap tekanan yang tinggi, diet tak sihat, kurang bersenam membuatkan mereka lebih sensitif terhadap kesan metabolik yang buruk, termasuklah ketahanan insulin, aktiviti kelenjar tiroid yang lemah dan obesiti.

Mereka akan menjadi marah, hiperaktif dan mengikut gerak hati jika berada di bawah tekanan.

Sumber: Majalah Perdana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan