Bayi 10 Bulan Ditinggalkan Sendirian Dalam Buaian Elektrik, Maut Dalam Kebakaran - Sensasi 24-7

Latest

Rabu, 19 Februari 2020

Bayi 10 Bulan Ditinggalkan Sendirian Dalam Buaian Elektrik, Maut Dalam Kebakaran


Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Bangkahulu, Gemas, dalam kejadian yang berlaku pada jam 11.35 pagi Rabu, 19 Februari 2020. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal berkata, ketika kejadian itu berlaku mangsa, Siti Nur Aini Zulimi, ditinggalkan bersendirian dalam buaian elektrik oleh ibunya yang pergi ke Pejabat Pos Gemas pada jam 10.30 pagi. 

Sebelum keluar, ibu mangsa dipercayai ada meminta bantuan dari jiran untuk melihat anaknya jika menangis. 


Tidak lama selepas itu, si ibu menerima panggilan dari jirannya yang memberitahu rumahnya terbakar, lalu dia bergegas pulang ke rumah dan mendapati anaknya sudah tidak bernyawa. 

Ketika kejadian itu berlaku, bapa mangsa sedang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. 

Mayat mangsa melecur 30 peratus itu dihantar ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat. 

Sementara itu, bomba sedang menyiasat punca kebakaran menyebabkan kediaman itu musnah 60 peratus. Polis juga masih menjalankan siasatan. 

Sumber: Harian Metro via The Reporter

1 ulasan:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam