Hilang Ayah, Anak Abam Tak Putus Dapat Kasih Sayang Daripada Sahabat-Sahabat Baik Arwah - Sensasi 24-7

Latest

Jumaat, 14 Februari 2020

Hilang Ayah, Anak Abam Tak Putus Dapat Kasih Sayang Daripada Sahabat-Sahabat Baik Arwah


Baru berusia lima bulan, anak kepada Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, masih tidak mengenal apa itu erti kehilangan.

Perit untuk diterima, namun itulah hakikatnya bahawa anak kecil ini bakal membesar tanpa seorang ayah disisinya. Pun begitu, anak ini bertuah kerana ramai yang memberikannya kasih sayang.

Daddy jaga Hamzah yer

Menerusi perkongsian terbaru Fad Bocey di IG, dia telah memuat naik sekeping gambar besar anak arwah Abam, berserta dengan kapsyen meluahkan hasrat untuk menjaga zuriat sahabatnya, seperti darah daging sendiri.


“Daddy jaga Hamzah yer nak…anak daddy 4 orang sekarang…”

Hamzah takkan kurang kasih sayang

Sebagai seorang sahabat, Fad tahu betapa kasihnya arwah Abam terhadap Hamzah, satu-satunya waris Abam. Justeru, Fad mahu mengambil tanggungjawab untuk menjaga dan memberikan kasih sayang sebagaimana Abam telah lakukan.


Hamzah tak putus2 terima kasih sayang

Tuhan itu Maha Adil, walaupun anak ini kehilangan seorang ayah tetapi banyak kasih-sayang yang diterimanya daripada sahabat-sahabat baik ayahnya.







Sumber : Fad Bocey via http://bit.ly/2YD6SY7

Tiada ulasan:

Catat Ulasan