Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu, Hargailah Dia Sebelum Terlewat - Sensasi 24-7

Latest

Khamis, 13 Februari 2020

Jika Isteri Menangis Di Hadapanmu, Hargailah Dia Sebelum Terlewat


Dalam kehidupan berumah tangga, perselisihan faham pasti atau perbezaan pendapat pasti akan terjadi. Namun, tahukah anda apa hukumnya jika seorang suami melakukan perbalahan sehingga mengalir air mata si isteri?

Dalam artikel kali ini kami akan mengupas tentang hukum membuat isteri menangis dan dosa suami yang menyakitkan isterinya. Namun, ia bukanlah hanya menyalahkan pihak suami semata. Sebaliknya ia boleh dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan berumah tangga.

Ini kerana dalam perkahwinan, seorang suami wajib melindungi, menjaga, dan menafkahi isterinya. Justeru apabila suami membuatkan isteri menangis, dia sudah melakukan dosa suami menyakiti isteri.

APA DOSA SUAMI YANG MENYAKITI ISTERI?

Mungkin tanpa suami itu sendiri sedar, ramai yang telah menyakiti hati isteri dan membuatkan isteri itu menangis.

Cuma ada suami yang memang betul-betul tak nampak atau “buat-buat” tak nampak. Tapi adakah ia dikira sebagai dosa suami menyakiti isteri?


Di dalam al-Quran surah An Nisa ayat 19, terdapat sebuah petikan ayat yang berbunyi

“DAN GAULILAH ISTERIMU DENGAN BAIK, LALU JIKA KAMU TIDAK MENYUKAI MEREKA, MAKA BERSABARLAH KARENA MUNGKIN KAMU TIDAK MENYUKAI SESUATU. PADAHAL ALLAH SWT TELAH MENJADIKANNYA KEBAIKAN YANG BANYAK.”

Surah ini menjelaskan bagaimana para suami harus bersabar dengan sikap isteri yang tidak disukainya dan Allah SWT sendiri telah menjadikan isterimu itu dengan pelbagai kebaikan.

Image result for suami yang buat istri menangis

Sebuah lagi hadis riwayat Maisarah bin Ali, dari Ar Rafi’, dari Abu Sa’id Al Khudzri ada menyebut

“Barangsiapa yang membiarkan hati isterinya terluka, maka dia menangis seolah-olah menangis takut kepada allah, dan barangsiapa yang menangis takut kepada allah swt, maka allah akan mengharamkan tubuhnya masuk neraka.Jika suami isteri saling memperhatikan, maka allah swt akan memperhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Saat suami memegang tapak tangan isteri, maka gugurlah dosa suami isteri itu dari jari-jari mereka.”

Hal ini bermaksud dosa suami menyakiti istri dan hukum membuat isteri menangis ialah haram. Jadi sebagai suami, apabila berbuat sesuatu, jauhilah tangisan dari isteri. Kerana tangisannya itu akan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan akan menyebabkan dosa suami menyakiti istri.

SUAMI YANG MENYAKITI ISTERI – REZEKI AKAN BERKURANGAN…

Hal ini dibuktikan sendiri dengan pelbagai fenomena dan kejadian yang melibatkan cabaran pasangan suami isteri dalam berumah tangga.

dosa suami menyakiti istri, hukum suami buat istri menangis, istri menangis, hukum suami menyakiti istri, 

“Siapa yang sakitkan hati isteri memang Allah tak bagi hidup yang berkat. Tak berjaya. Wanita ini amanah dan anugerah Allah. Mereka siang malam berjaga dan berkorban untuk keluarga. Jagalah Bidadari ini. 

Hal ini buat anda terfikir, ramai orang ingat duit hanya boleh datang jika kita bekerja siang dan malam. Rezeki mungkin lebih melimpah ruah jika kita pandai, cantik dan glamor.

Tapi kita lupa erti bersyukur. Kita lupa ada orang yang memiliki semuanya pun tidak cukup bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan