Pemergian Abam bukan sahaja ditangisi oleh sahabat handai dan ahli keluarga, malahan sebahagian rakyat Malaysia turut terkesan dengan hal tersebut. Satu demi satu kisah hidupnya dirungkai dan ternyata betapa hebatnya insan bernama Syed Umar Mokhtar ketika hayatnya.
Hampir sahaja memasuki hari ke 5 pemergian pelawak terkenal selepas disahkan meninggal dunia pada pagi Isnin. Sahabat handai masih tidak putus berkongsi kisah mengenai peribadi Abam di media sosial.
Kucing datang lepas Abam pergi
Semalam, seorang kenalannya telah memuat naik gambar anak allahyarham Abam dalam keadaan tidur disamping sebelahnya ada seekor kucing.
Hasrat nak beli kucing untuk isteri
Syed Uthman Hamzah baru sahaja berusia 8 bulan semasa bapanya meninggal dunia dan belum lagi mengerti apa-apa. Dia juga belum puas bermanja dengan allahyarham Abam kerana bapanya dijemput Illahi terlalu awal.
Menerusi kapsyen yang dinyatakan dalam muat naik sahabat arwah, dia memberitahu hasrat Abam sebelum ini adalah dengan membeli seekor kucing bagi menemani isterinya di rumah, namun tidak kesampaian.
Tidur disisi anak allahyarham
Walau bagaimanapun, seakan tidak percaya apabila datang seekor kucing yang didakwa tidak tahu dari mana telah memasuki rumah keluarga allahyarham dan terus tidur disisi Hamzah.
Menurut sahabat Abam yang dikenali sebagai Syuk Kicuk itu, kucing tersebut datang selepas pemergian Abam dan sehingga ke hari ini masih berada di rumahnya.
Semoga Allah lindungi anak ini
Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan tersebut. Mereka juga menyifatkan bahawa kucing yang datang adalah sebagai peneman seketika buat anak kecil itu.
Mereka turut sempat mendoakan agar keluarga allahyarham Abam terus kuat menghadapi ketiadaan insan tersayang dan semoga roh pelawak terkenal itu dicucuri rahmat.
Allah hantar kucing supaya teman Hamzah
Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman
Sumber : Syukkicuk via http://bit.ly/2YD6SY7
Tiada ulasan:
Catat Ulasan