Jika kita selalu melayan Facebook mesti kita akan melihat rata-rata rakan dalam Facebook mengandung dan ada anak. Semua cerita pasal orang mengandung dari mula sampai akhir, macam berjanji saja mengandung secara serentak.
Pernahkah terlintas di fikiran anda untuk mengandung serentak dengan kawan baik sendiri? Kalau masa dulu anda pernah baca pasal dua orang beradik iaitu Sharifag Shahira dan juga Sharifah Sakinah ini pun mengandung serentak, dan perkara yang sama juga berlaku kepada kedua-dua isteri kepada Ashraf Muslim.
Kebanyakkan kita mungkin berfikir semua itu hanyalah secara kebetulan sahaja. namun, adakah kita tahu menurut kajian yang telah banyak menunjukkan berkenaan Aura kehamilan ini yang boleh ‘Berjangkit’.
Sejauh mana kebenaran Aura kehamilan boleh dikatakan ‘Berjangkit’
Menurut satu kajian penyelidikan dari sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, seseprang yang mengandung ataupun mempunyai aura kehamilan juga boleh mempengaruhi kawan-kawan terdekat untuk sama-sama hamil.
Ada satu lagi dari hasil penyelidikan dan juga mendapati jika seseorang itu mengandung, ia akan membuat lebih ramai lagi kawan-kawan sekeliling mereka untuk mengalami nikmat mengandung serta akan melahirkan anak dalam tempoh tiga tahun sekarang.
Walau apapun, kajian ini turut menegaskan bahawa aura kehamilan ini bukan sahaja berjangkit atau merebak melalui psikologi dan juga bulan dengan cara biologi. Kehamilan yang mempengaruhi kawan-kawan yang terdekat dengan anda akan mendapat keinginan yang sama iaitu untuk memiliki cahaya mata sendiri. Walau pada masa yang sama mereka langsung tidak merancang untuk ada anak pada masa yang terdekat.
Para wanita ini lebih cenderung ke arah keinginan untuk menjadi seorang ibu selepas melihat kawan-kawan sekeliling yang telah berhasil melaluinya dengan berjaya. Mungkin pemikiran dahulu, perkara tersebut amat melecehkan, takut atau langsung tidak mempunyai keinginan ke arah kehamilan. Mungkin kini perasaan itu mula bertukar dan perasaan menjadi lebih teruja untuk mengalami pengalaman itu sendiri apabila melihat anak-anak kawan yang sangat comel dan menghiburkan.
Segelintir wanita juga akan bermain dengan perasaan takut untuk berasa ketinggalan apabila melihat kebanyakkan kawan-kawan kebanyakkan sudah memiliki anak sendiri. Jika selalu ditanya bila mahu ada anak sendiri, mungkin soalan itu adalah satu soalan yang menyakitkan dan menjengkelkan jika ditanya berulang-ulang kali.
Jika berfikir secara logik, mungkin ada segelintir kawan akan berasa lebih selesa jika ada kawan mereka yang sudi berkongsikan pendapat dan juga petua-petua dalam segi berjimat dalam perbelanjaan yang melibatkan anak-anak.
Bila cara pemikiran dulu mungkin terasa ia amat membebankan tetapi apabila melihat kawan-kawan yang menangani masalah itu dengan senang dan baik-baik sahaja tanpa ada apa-apa permasalahan yang timbul di situlah hati mula terbuka keinginan untuk memiliki anak sendiri.
Jangan percaya akan perkara ‘Mitos’
Punca anda mengandung secara serentak dengan kawan baik anda bukanlah dengan cara mengesel-geselkan perut anda dengan kawan yang mengandung.
Ia secara benarnya mengikut Psikologi berpunca dari keinginan anda setelah melihat banyak bayi yang comel dan juga wanita mengandung. Sebagai contohnya, apabila anda melihat orang yang sedang mengandung, secara semulajadi anda akan mempunyai keinginan yang sama iaitu untuk memiliki anak sendiri.
Jnaganlah kita terlalu taksub dan obses dengan perkara sebegini, Sebagai umat islam, kita juga seharusnya lebih percaya semua ini berlaku dengan adanya rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah. Jika itu sememangnya rezeki kita, ia akan tetap sampai kepada kita sendiri kerana rezeki ini tidak pernah salah alamat.
Mungkin kebanyakkan masyarakat diluar sana mengalami situasi mengandung secara serentak kan? Sudah pasti ia satu perasaan yang sangat menyeronokkan kerana kita mengandung pada masa yang sama dengan kawan baik dan melalui proses yang sama secara serentak. Tidak bayak orang yang memiliki pengalaman hamil bersama rakan.
Mungkin ada segelintir sahaja yang mempunyai pengalaman sebegiti. Walaubagaimanapun, semoga wanita-wanita yang sedang hamil di luar sana jagalah kesihatan dan amalkan pemakanan yang berkhasiat.
Sumber: Siraplimau.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan