Sesungguhnya menccegah itu adalah lebih baik dariapda merawat. Pokoknya di sini apabila diserang penyakit, ada baiknya kita mengambil tahu tentang simptom-simptonnya terlebih dahulu kerana kesan awal dapat memberi andaian awal kepada kita sebelum ia menjadi lebih serius seterusnya bisa mendapatkan rawatan yang terperinci.
Untuk penyakit jantung umumnya, tahukah anda kesannya boleh dilihat seawal sebulan sebelum terkana serangan tersebut? Ini Wanista kongsikan agar anda boleh mengawal penyakit tersebut sekaligus mengelak diri daripada risiko maut.
1. Keletihan Melampau
Keletihan abnormal yang berlaku terhadap diri adalah salah satu kesan awal serangan jantung. Ia rata-ratanya menyerang kaum wanita sebanyak 70 peratus, lebih daripada kaum lelaki.
Keletihan melampau yang dimaksudkan di sini tidak ada kena mengena dengan keletihan disebabkan aktiviti mental mahupun kerja-keraj yang dilakukan fizikal. Biarpun hanya duduk sahaja, badan terasa letih dan itu adalah ciri-ciri keletihan yang merupakan simptom serangan jantung.
2. Kesakitan Abdomen
Lebih 50 peratus kes telah direkodkan, individu yang terkena serangan jantung akan mengalami kesakitan pada bahagian abdomen. Bahagian perut akan menjadi sakit seterusnya mempengaruhi diri untuk jadi loya, terasa kembung, malah tidak selesa. Keadaan ini akan menyerang lelaki dan wanita.
3. Insomnia
Masalah sukar untuk tidur akan menyerang lebih 50 peratus kaum wanita sebelum mereka terkena serangan jantung.
Oleh kerana itu, insomnia sering dikaitkan dengan masalah ketidakfungsian jantung serta strok. Ini termasuklah gejala sukar untuk tidur namun masih boleh bangun awal setiap pagi.
4. Nafas tidak panjang
Sebanyak 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung akan mengalami masalah pernafasan yang pendek. Kesukaran bernafas dalam kalangan wanita dan lelaki yang berterusan selama 6 bulan berturut-turut mungkin petanda kepada serangan jantung yang bakal menyerang diri tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan seseorang itu berasa pening-pening dan loya.
5. Keguguran Rambut
Bagi kaum wanita, jika anda keguguran lebih 100 helai rambut setiap sehari, ia mungkin merujuk kepada simptom serangan jantung. Keadaan ini juga banyak berlaku terhadap lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas.
Kepala yang gondol disebabkan keguguran sebenarnya turut menandakan peningkatan hormon kartisol dalam tubuh. Oleh itu sila perhatikan kalau-kalau rambut pada garisan mahkota di kepala kerap gugur atau gondol. Jika ada, itu adalah petanda besar yang serangan jantung mungkin berlaku tidak lama lagi.
6. Degupan Jantung Tidak Teratur
Ia berlaku tanpa diduga, jantung anda umpama akan terhenti seketika atau mangsa akan akan mengalami degupan jantung kencang walaupun tidak berada dalam keadaan panik dan sebagainya. Jika gejala degupan jantung tidak teratur ini berlaku, lazimnya ia akan berterusan selama 1 hingga 2 minit lamanya. Kalau ia berterusan sekaligus membuatkan diri anda menjadi pening dan letih melampau, lekas bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum semuanya menjadi parah.
7. Peluh Berlebihan
Apabila tubuh berpeluh secara berlebihan biarpun cuaca di keliling sejuk belaka, itu mungkin petanda sakit jantung akan menyerang diri. Lazimnya ia akan berlaku terhadap kaum wanita terutamanya pada waktu malam.
8. Sakit Dada
Kebanyakan mangsa sakit jantung akan mengalami sakit dada dalam pelbagai bentuk dan cara termasukah rasa sakit seperti ditusuk.
Apabila kesakitan ini berlaku, jangan ambil mudah dan lekaskan berjumpa doktor. Dada pada bahagian kiri (berhampiran jantung) akan terasa perit seterusnya beralih ke kawasan sekitar perut, leher, rahang dan kedua-dua belah lengan.
Semoga bermanfaat untuk semua
Sumber: Wanista.com
Numpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*
Numpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*