SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.
Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.
Difahamkan juga Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Dr Mahathir dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, sebentar tadi. #sinarharianhttps://t.co/uR0gAdOmCA— Sinar Harian (@SinarOnline) February 24, 2020
Sumber: Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan