Ada benarnya bab Taharah atau kebersihan serta kesucian diri daripada najis jangan sesekali diambil ringan. Perlu tahu cara sebenar untuk membersihkan najis dan hadas sama ada kecil ataupun besar.Ini kerana ia menentukan sahnya amal ibadat yang kita lakukan dalam kehidupan seharian.
Hadamkan perkongsian daripada Puan Nazatul ED Najah ini;
Kadang kesian tengok orang tak tahu langsung bab taharah ni. Bila diajar lagi melenting, ini paling kesian.
1. Seluar dalam terkena keputihan, masuk sekali dalam mesin basuh, putar semua sekali dengan baju baju lain. Baju anak baju suami semua campur. Sepatutnya kena cuci dulu keputihan tu bagi bersih sampai hilang bau, warna dan rasa.
2. Pakai clothpad (pad jenis kain). Cuci cuci sikit sampai dah tak banyak darah. Kemudian campak sekali dalam mesin bersama pakaian lain. Tak boleh ye kalau masih ada kesan darah. Masih jelas warna darah walaupun setompok pun, ia tetap najis. Darah ialah najis. Kalau nak campak sekali dalam mesin tu kena cuci bersih sampai hilang bau, warna dan rasa.
3. Seluar baju anak terkena sikit sikit najis campur je terus masuk mesin basuh. Zetttt masuk mesin basuh campur segala pakaian. Maka bernajislah seluruh pakaian. Sama step, kena cuci guna air mengalir dulu dan hilangkan semua kesan. Hilang bau, warna dan rasa.
APA AKIBATNYA?
BILA SELURUH PAKAIAN MENJADI NAJIS, DIPAKAI PULA BAWA SOLAT. APA AKIBATNYA PADA IBADAH KITA?
Tapi ada juga mesin basuh ‘patuh syariah’. Jadi boleh refer orang yang lebih arif bab mesin basuh ni ya.
4. Bila sebut najis, kita faham tahi je. Sedangkan najis termasuklah air kencing, air liur basi, dan banyak lagi. Najis ada banyak jenis sebenarnya masa sekolah dalam subjek pendidikan Islam dah belajar. Mughalazah, mutawasitah dan mukhafafah. Ada pengkelasan nya.
5. Anak terkencing merata dalam rumah, amek mop, lap. Settle. Sedangkan perbuatan dia menyebabkan najis tu merebak rebak sebab ain nya belum disingkirkan. Ingat ya, najis ni kena singkirkan ain dulu, kemudian baru boleh tuang air mutlak, dan baru boleh mop. Kat sekolah ustaz ajar dah bab cuci najis ni. Saya masih ingat dengan jelas.
6. Berjalan merata pusing mall, masuk waktu solat terus ambil wudhuk tak check dulu kalau kalau ada air wadi atau keputihan. Belasah je amek wuduk terus solat. Ada juga jenis lepas pakai kain telekung dia buka panty dalam surau tu juga. Najis masih ada di kemaluan. Tak sah solat sebab solat bawa najis. Pastikan check dulu dan cuci jika ada apa apa kesan di seluar dalam. Sebaiknya pakailah pantiliner, senang buang saja dan bersihkan kemaluan sebelum ambil wuduk.
Berat ke Islam ni?
Tak berat.. Kita je yang suka ambil ringan.
Tak tahu, belajar. Ramai je yang boleh ajar. Sebab tu kan dalam Islam ni tugas suami didik isteri. Kalau suami tak tahu, suami pergi belajar atau izinkan isteri pergi belajar.
Sumber: Nazatul ED Najah via Mingguan Wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan